BANGI – Langkah proaktif yang dilakukan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan usahawan telah melahirkan ramai usahawan berjaya.
Program Groom Big dan bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang bertujuan memperkasakan potensi usahawan bersaiz mikro dan kecil misalnya, telah melahirkan ramai jutawan seterusnya menjadi ‘model’ untuk diketengahkan bagi menjadi tunjang kepada rakan usahawan bimbingan RISDA yang lain.
Pemenang tempat pertama Anugerah Top Achiever 2022, Mohd Khusairi Ibrahim, 39, adalah antara usahawan cemerlang yang berjaya dilahirkan RISDA, dengan jualan tahunan sebanyak RM11.2 juta.
Terlibat dalam bidang automotif, syarikatnya iaitu M&N Unic Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan tayar dan servis di Jitra, Kedah.
“Saya memulakan bisnes bengkel tayar ini pada tahun 2009 dan 2018, dapat bantuan AET sebanyak RM10,000. Setahun kemudian, saya mendapat bantuan daripada RISDA lagi sebanyak RM50,000.