Suara Risda

Program Sokongan

Isi Kandungan

Membina infrastruktur asas pertanian di kawasan getah muda. Program ini bertujuan untuk membantu peserta tanam semula supaya memudahkan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan kebun dilakukan dan dapat membantu peserta bagi mengatasi kekangan kos pembangunan dan pengurusan kebun. 

Syarat Program Bantuan

Khusus untuk peserta projek Tanam Semula Berkumpulan. Bagi permohonan individu hendaklah permohonan PAP tersebut memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10 lot pekebun kecil yang berhampiran samada di peringkat pembangunan dan penghasilan. 

Kadar Bantuan

Mengikut komponen serta harga pasaran tempatan 

Kaedah Permohonan

Boleh rujuk di pejabat RISDA Stesen, Daerah/Jajahan/Bahagian, Negeri yang berhampiran. 

Senarai Borang Berkaitan

BORANG BPP 11 – Permohonan Bantuan Prasarana   [Clik Sini] 

Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

Bahagian Tanam Semula & Perladangan 

Bantuan secara one-off serta merupakan insentif untuk projek Tanam Semula Berkumpulan bagi memastikan pengurusan di bawah Jawatankuasa Tanam Semula Berkumpulan (Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan Tanam Semula Komersial (TSK)) dapat diuruskan dengan baik dan teratur. Untuk memastikan Jawatankuasa kekal sehingga ke peringkat pengeluaran hasil supaya penjualan secara berkelompok dapat dilakukan seterusnya mendapat harga yang lebih tinggi. 

Syarat Program Bantuan

  • Projek TSB dan TSK di Semenanjung dan Sarawak yang dibayar ansuran semasa mulai Tahun 2021 
  • Jenis tanaman getah sahaja dibenarkan 
  • Projek TSB dan TSK telah membuat Mesyuarat Agong, melantik Jawatankuasa dan membuka akaun atas nama projek 
  • Ahli Jawatankuasa projek bersetuju untuk memohon insentif BTP dan diminitkan dalam mesyuarat jawatankuasa 

Kadar Bantuan

RM 2,000.00 / projek TSB @ TSK 

Kaedah Permohonan

Boleh rujuk di pejabat RISDA Stesen, Daerah/Jajahan/Bahagian, Negeri yang berhampiran. 

Senarai Borang Berkaitan

BilTajukMuat Turun
1Borang BTP01 – Borang Permohonan BTPPDF
2Borang BTP02 – Pemberitahuan Kelulusan/Penolakan Permohonan BTPPDF
3Borang BTP03PDF
4Borang BTP04PDF

Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

Bahagian Tanam Seumla & Perladangan

Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) merupakan satu kaedah pembangunan tanah berskala besar yang dimiliki oleh RISDA dan diuruskan oleh agen pengurusan yang dilantik oleh RISDA. Ia bertujuan bagi membantu pekebun kecil yang memiliki tanah kurang 2.83 hektar (7 ekar)sebelum 1 Januari 1971 yang mana mereka layak diberi saham dalam rancangan tersebut mengikut kelayakan dan menikmati bayaran dividen setiap tahun. 

Syarat Program Bantuan

Pekebun kecil yang layak menyertai RTBB adalah mereka yang memiliki tanah getah 7 ekar (2.83 hektar) atau kurang pada atau sebelum 31 Disember 1970. Sungguhpun begitu, pekebun kecil yang diiktiraf sebagai peserta RTBB adalah mereka yang memohon untuk menyertai skim dan diberi kelulusan oleh RISDA berasaskan syarat-syarat berikut : 

  1. Membuat permohonan secara rasmi;  
  2. Memiliki tanah getah 7 ekar (2.83 hektar) atau kurang pada atau sebelum 31 Disember 1970;  
  3. Belum menggunakan hak tanam baru; 
  4. Memegang saham (menjadi ahli) dalam koperasi yang memiliki tanah. 

Kadar Bantuan

Modal awal/ kelayakan bantuan TB adalah RM900/ekar.

Kaedah Permohonan

Boleh rujuk di pejabat RISDA Stesen, Daerah/Jajahan/Bahagian, Negeri yang berhampiran. 

Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

  • Bahagian Tanam Semula & Perladangan 
  • PRB 

TKKPR merupakan satu sumbangan kewangan yang akan dapat meringankan beban keluarga pekebun kecil sekiranya berlaku kematian. Sejajar dengan objektif program ini iaitu membantu mengurangkan beban ahli keluarga TKKPR yang meninggal dunia. Selain itu, sebagai insentif kepada pekebun kecil getah dan sawit yang menyertai program tanam semula RISDA dan semua pekebun kecil yang dibanci oleh RISDA. Akhir sekali, menjadikan RISDA sebuah institusi yang diyakini sebagai pelindung sejajar dengan slogan “Kasihi Pekebun Kecil” 

Syarat Program Bantuan

  • Warganegara Malaysia 
  • Semua pekebun kecil sawit dan getah yang telah dibanci oleh RISDA layah secara automatik sebagai pserta TKKPR. 
  • Had umur adalah dari 18 tahun hingga 70 tahun. 
  • Pekebun kecil yang melebihi had umur dalam tempoh perlindungan akan terus dilindungi sehingga tamat. 
  • Peserta baru boleh dibanci bagi melayakkan penyertaan tabung ini. 

Kadar Bantuan

Nilai pampasan adalah sebanyak RM2,000.00

Kaedah Permohonan

  • Tiada permohonan baru. 
  • AKP 19 tahun 2021 

Senarai Borang Berkaitan

BilTajukMuat Turun
1TKKPR 01PDF
2TKKPR 02PDF
3TKKPR 03PDF

Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

Top