Entry Point Project (EPP)

Isi Kandungan

Skim Insentif Start-up merupakan pemberian Insentif Permulaan Perniagaan kepada pekebun kecil atau AIR yang bercadang hendak memulakan atau baru menjalankan sesuatu perniagaan. Start-up juga merujuk kepada usahawan dalam kategori Pico yang mana perniagaannya masih di peringkat awal penubuhan dan sehingga sesuatu tempoh tertentu yang telah memperoleh jualan kurang daripada RM60,000.00 setahun. Selepas setahun menyertai skim ini, usahawan dijangka akan mencapai jualan melebihi RM60,000.00 setahun. 

 

Syarat Program Bantuan

  • Pemohon mestilah seorang pekebun kecil atau AIR yang belum memulakan perniagaan atau 
  • Pemohon yang telah menjalankan perniagaan kurang daripada 3 tahun dengan jualan kurang daripada RM60,000.00 setahun.

 

Kadar Bantuan

  • Skim Insentif Start-up Secara Individu

Had maksimum bantuan Skim Insentif Start-up Secara Individu adalah RM10,000.00 sekeluarga. Bantuan perlu mengikut skop yang ditetapkan berdasarkan keperluan perniagaan pemohon. Keutamaan perlu diberikan kepada komponen di bawah skop bantuan yang boleh membantu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500.00 sebulan sekeluarga. 

 

Kaedah Permohonan

Semua permohonan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan perlu diisi menggunakan format Borang Permohonan yang disediakan. Borang permohonan ini juga perlu disertakan dengan Kertas Kerja Pelan Perniagaan.  

 

Senarai Rujukan Berkaitan

BillTajukLihat
1Lampiran 1a – Senarai Semak Permohonan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)[Clik Sini]
2Lampiran 1b – Borang Permohonan Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) (Skim Insentif Start-Up dan Nano)[Clik Sini]
3Lampiran 1c – Borang Setuju Terima Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) RISDA[Clik Sini]
4Lampiran 1d – Surat Akujanji Pelaksanaan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (Skim Insentif Start-Up dan Nano)[Clik Sini]

 

Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan

Bahagian Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat RISDA

Skim Insentif Nano merupakan pemberian Insentif Pemulaan Perniagaan yang memberi tumpuan kepada Pembangunan Produk/ Pengeluaran khususnya bagi usahawan pekebun kecil atau AIR dalam kategori Nano iaitu yang telah memulakan perniagaan bagi tempoh masa tertentu dan telah memperoleh jualan antara RM60,000.00 ke RM150,000.00 setahun. Selepas setahun menyertai skim ini, usahawan dijangka akan mencapai jualan melebihi RM150,000.00 setahun. 

 

Skop

  • Mesin & peralatan 
  • Bina baharu atau baik pulih bengkel/ premis perniagaan 
  • Bina baharu atau baik pulih pagar/ kandang/ reban/ kolam 
  • Kos penyediaan tapak 
  • Baka ternakan 
  • Bahan mentah/ input pertanian 
  • Makanan ternakan & ubat-ubatan 
  • Papan tanda perniagaan 
  • Insurans Perlindungan premis/ peralatan/ mesin/ 
  • Lain-lain input perniagaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Program Keusahawanan RISDA Negeri/ Daerah 

 

Nilai Bantuan

Skim Insentif Nano : RM20,000.00/ orang

 

Syarat

  • Melalui tapisan rekrutmen dan menjalani ujian psikometrik 
  • Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan dan kursus 
  • Memuat turun aplikasi RISDA Entrepreneur Delivery System (REDS) di Playstore dan mengemaskini rekod urusniaga secara konsisten 
  • Menjalankan bisnes/ perniagaan sepenuh masa 
  • Bersedia meningkatkan kapasiti dan keupayaan diri dalam mengembangkan perniagaan 

 

Kumpulan Sasar

  • Pekebun Kecil (pemilik pengusaha) Warganegara Malaysia atau Ahli Isi Rumah 
  • Keutamaan kepada peserta tanam semula yang masih dalam bantuan 
  • Keutamaan kepada pemohon Kategori B40 
  • Pekebun kecil yang berumur antara 18-60 tahun 

 

Kaedah Pelaksanaan

Syarikat-syarikat tempatan, Syarikat Milikan RISDA (SMR), Koperasi Pekebun Kecil (KPK) atau Usahawan Kategori Mikro dan ke atas yang dilantik bagi membangunkan usahawan melalui pakej yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan dan telah menandatangani dokumen perjanjian bersama RISDA. 

 

Skop

Pakej yang diluluskan dalam JIPKRIS meliputi: 

  • Mesin & peralatan 
  • Bina baharu atau baik pulih bengkel/ premis perniagaan 
  • Bina baharu atau baik pulih pagar/ kandang/ reban/ kolam 
  • Kos penyediaan tapak 
  • Baka ternakan 
  • Bahan mentah/ input pertanian 
  • Makanan ternakan & ubat-ubatan 
  • Papan tanda perniagaan 
  • Insurans Perlindungan premis/ peralatan/ mesin/ 
  • Lain-lain input perniagaan 

 

Nilai Bantuan

Skim Insentif Start up Integrator : RM20,000.00/ orang 

 

Pemilihan Integrator

  • PRD/PRN/BPU mengesyorkan syarikat yang memenuhi kriteria sebagai integrator 
  • Cadangan Syarikat Integrator dibawa ke JIPKRIS untuk kelulusan pelaksanaan program 
  • BPU keluarkan surat lantikan Integrator dan perjanjian RISDA-Integrator 

 

Pemilihan Usahawan

  • Pemilihan peserta yang berminat hasil dari tapisan e-Rekrutmen dan e-SPeK 
  • Melepasi temuduga dengan Syarikat Integrator 

 

Kumpulan Sasar

  • Pekebun Kecil (pemilik pengusaha) Warganegara Malaysia atau Ahli Isi Rumah 
  • Keutamaan kepada peserta tanam semula yang masih dalam bantuan 
  • Keutamaan kepada pemohon Kategori B40 
  • Pekebun kecil yang berumur antara 18-60 tahun 

 

Kaedah Pelaksanaan

  • Garis Panduan AET (Skim Insentif start-up dan nano) 
  • Rujuk AKP Bil. 11/2021 
  • Garis Panduan SOP AET Integrator (Surat Pekeliling BPU Bil. 3/2021) 

Usahawan sedia ada yang terkesan akibat bencana seperti banjir, Covid-19 dll.  

 

Skop

  • Membeli bahan mentah 
  • Modal pusingan 

 

Nilai Bantuan

NILAI BANTUAN: RM3,000.00/ orang 

 

Syarat

  • Pernah menerima bantuan AET. 
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum pandemik Covid -19. 
  • Pengurangan sekurang-kurangnya 50% pendapatan berbanding sebelum pandemik Covid -19. 

 

Kumpulan Sasar

  • Usahawan sedia ada 
  • Usahawan terjejas akibat bencana (banjir, COVID 19, dsb) 
  • Usahawan B40 dengan hasil jualan rendah 

 

Kaedah Pelaksanaan

Golongan belia berumur 18-40 tahun RM15,000/orang termasuk kursus latihan dan bimbingan 

 

Skop

  • RM5,000 Latihan asas keusahawanan & Coaching 
  • RM10,000 Peralatan/ Sewa tapak/ Modal pusingan 

 

Nilai Bantuan

NILAI BANTUAN : RM15,000.00/orang 

 

Syarat

  • Tidak mempunyai pekerjaan 
  • Telah berniaga 3 bulan atau perniagaan kurang 12 bulan 
  • Tidak pernah menerima bantuan AET 
  • Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan 
  • Menjalankan bisnes/ perniagaan secara sepenuh masa 
  • Berupaya mencapai sasaran pendapatan mengikut tempoh masa yang ditetapkan 

 

Kumpulan Sasar

  • Belia berumur 18-40 tahun 
  • Ahli KGMR 
  • Menyertai TKPK 
  • Mempunyai sijil TVET 
  • Alumni UCAM 

 

Kaedah Pelaksanaan

Top