Penyakit pokok getah yang tidak dikesan dan dirawat dari awal boleh menjejaskan usaha pekebun untuk memastikan pokok getah yang ditanam mencapai kematangan awal dan seterusnya memperoleh hasil ekonomi maksimum.
Menurut Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), produktiviti getah boleh menurun sehingga 50 peratus disebabkan penyakit luruhan daun pokok getah akibat cuaca panas. Jangkitan parah dan berulang pula boleh menurunkan produktiviti sehingga 90 hingga 100%.
Penyakit akar selalunya menyerang pokok getah dewasa dan terjadi disebabkan kulat yang menyerang akar pokok getah. Ia sangat merbahaya, boleh menyebabkan kematian pokok dan sekaligus mendatangkan kerugian kepada pekebun kecil jika tidak dirawat.
Terdapat dua cara penyakit akar menyerang pokok getah iaitu:
Antara jenis penyakit akar adalah penyakit akar putih, merah dan perang. Teruskan membaca untuk mengetahui simptom dan cara merawatnya.
Penyakit akar putih pokok getah disebabkan oleh kulat jenis Rigidoporus lignosus dan penyakit ini paling kerap berlaku kerana ia boleh merebak dengan sangat cepat.
Kulat ini berbentuk bulat dan gemuk pada bahagian pangkal serta berpipih tajam pada bahagian hujung. Ia juga kelihatan seperti benang yang membalut akar pokok getah, pada mulanya berwarna putih sebelum berubah menjadi jingga pucat.
Terdapat tiga ciri untuk mengenalpasti simptom penyakit akar putih iaitu :
Penyakit akar merah disebabkan oleh kulat Ganoderma philipii.
Akar pokok getah akan diselaputi oleh lapisan tanah yang berpasir dan melekat kuat. Jasad buahnya berwarna merah tua pada bahagian atas dan kelabu di bahagian bawahnya.
Penyakit akar perang pokok getah pula disebabkan jangkitan kulat Phellinus Noxius.
Untuk mengenalpasti kulat perang ini, ada 4 langkah boleh diikuti pekebun kecil, iaitu:
Untuk merawat penyakit akar sama ada putih, perang atau merah, pekebun kecil boleh melakukan langkah ini.
Terdapat dua cara merawat penyakit akar iaitu secara kimia dan mekanikal.
Bagi pokok getah berusia kurang daripada 5 tahun, rawatan secara kimia perlu dijalankan. Tiga langkah rawatan yang perlu diikuti adalah:
Jumlah bancuhan racun kulat bergantung kepada usia pokok getah adalah dinasihatkan seperti kadar berikut dan perlu diulang rawatan selepas 6 bulan :
Pokok kurang dari 2 tahun | 10g Bayleton atau 10ml Tilt untuk setiap 1 liter air |
Pokok antara 2 hingga 5 tahun | 20g Bayleton atau 20ml Tilt untuk setiap 1 liter air |
Bagi pokok getah yang berusia lebih 5 tahun pula, rawatan secara mekanikal perlu dilakukan.
Terdapat 4 langkah rawatan mekanikal perlu diambil pekebun, iaitu:
Parit pemisah perlu diperiksa setiap tiga bulan bagi memastikan pertembungan akar tidak berlaku yang boleh menyebabkan jangkitan.
Selain penyakit akar yang boleh merebak dengan cepat, pekebun getah juga perlu mengetahui penyakit pokok getah yang lain dan cara merawatnya bagi menjaga kualiti dan produktiviti tanaman mereka.
Secara semulajadinya, pokok getah akan mengalami musim luruh iaitu proses ranggasan daun yang mana hanya berlaku setahun sekali pada awal tahun antara bulan Februari dan Mac.
Ketika musim ini, pokok getah masih mengeluarkan hasil yang banyak sehinggalah pokok menjadi luruh daun keseluruhan. Apabila pokok getah mengeluarkan pucuk muda, penoreh akan berhenti menoreh kerana makanan yang dihasilkan oleh pokok adalah untuk kegunaan pengeluaran pucuk baru dan bunga getah.
Pada musim bunga, pucuk muda getah mula tumbuh dan penoreh akan berhenti menoreh kerana hasil dan kualiti susu getah berkurang sehingga 60 peratus, yang mana tidak sesuai untuk menjalankan kerja-kerja penorehan.
Bagaimanapun, wujud dua masalah berkaitan luruhan daun pokok getah. Pertama jika kemarau berpanjangan berlaku dan kedua jika pokok getah diserang kulat menyebabkan luruhan daun berlaku di luar musim luruh.
PENGENALAN
Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis yang disebabkan oleh Kulat Pestalotiopsis spp. Penyakit ini telah menular ke seluruh Malaysia dan pertama kali dilaporkan berlaku di Labis dan Kluang, Johor pada tahun 2017 di mana klon RRIM 600 dan RRIM 2025 mengalami luruhan daun yang teruk (50%-90% daun gugur).
Serangan penyakit ini telah menyebabkan luruhan daun pokok getah diluar musim luruh daun dan memberi impak yang besar kepada produktiviti getah iaitu penurunan hasil sehingga 50% dan menjejaskan pendapatan pekebun kecil. Penularan penyakit ini adalah melalui udara yang mana penyebarannya adalah sangat cepat. Serangan kulat Pestalotiopsis lebih banyak menyerang daun getah tua/matang, semua jenis klon getah dan semua peringkat umur pokok.
Antara simptom – simptom serangan penyakit LDP:
Antara faktor yang menyebabkan serangan penyakit LDP adalah:
Persekitaran | Patogen | Perumah | Amalan Pertanian Baik (GAP) |
---|---|---|---|
Taburan hujan yang tinggi | Tersebar melalui air, angin, serangga dan haiwan | Klon getah yang rentan | Pembajaan tidak diamalkan |
Kelembapan udara yang tinggi | Kitar hidup yang pendek | Terdapat perumah lain seperti rumpai, daun kelapa sawit dan palma | Pengawalan rumpai tidak diamalkan |
Suhu yang sesuai | Tiada perumah yang khusus | Pengawalan penyakit tidak diamalkan | |
Terdapat perumah sepanjang tahun | Pertumbuhan kulat yang optimal disebabkan faktor persekitaran yang sesuai |
Rawatan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis:
No | Bahan Aktif | Kepekatan a.i di botol (%) | Pengesyoran kadar racun (dicairkan dengan air) | Peratusan Bahan Kimia (%) |
---|---|---|---|---|
1 | Propiconazole | 25.2 | 4.0 ml/liter | 0.10% |
2 | Benomyl | 50.0 | 4.0 g/liter | 0.20% |
3 | Chlorothalonil | 50.0 | 4.0 g/liter | 0.20% |
4 | Mancozeb | 80.0 | 3.2 g/liter | 0.26% |
5 | Propineb | 70.0 | 2.0 g/liter | 0.14% |
*Salah satu daripada racun yang tersenarai diatas boleh digunakan untuk mengawal serangan kulat Pestalotiopsis di lapangan.
Penyakit luruhan daun sekunder oidium berlaku disebabkan jangkitan kulat jenis Oidium Heveae. Kulat ini biasanya menyerang pucuk muda yang berdaun semula selepas musim luruh.
Ia boleh dikenal pasti dengan kulapuk berdebu putih di permukaan daun yang menyebabkan warna daun bertukar keperangan.
Penyakit luruhan daun sekunder oidium boleh dirawat dengan cara seperti dalam jadual di bawah.
Kaedah | Kekerapan kaedah | Kadar |
---|---|---|
Belerang sulphur disembur pada musim pendaunan semula | ➢ 1 kali semburan setiap 7 hari ➢ 1 kali semburan setiap 4 hingga 6 hari sehingga daun matang | ● 9kg/hektar |
Pengabusan minyak tridemorph | ➢ 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang | ● 0.5 kg a.i/hektar |
Semburan MSMA 1% | ➢Sebelum musim luruh | ● 10% a.i ● 35L/ hektar |
*a.i = active ingredients/ bahan aktif
Penyakit ini disebabkan oleh kulat jenis Colletotrichum gloeosporioides. Ia mudah menyerang pokok pada peringkat cetusan tunas.
Simptom serangan berbeza mengikut usia daun.
Bagi penyakit ini, cara merawatnya boleh dilakukan seperti dalam jadual di bawah.
Kaedah | Kekerapan Kaedah | Kadar |
---|---|---|
Semburan racun kulat chlorothalonil | ➢ 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang | 0.2% a.i/liter |
Semburan racun kulat Propineb | ➢ 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang | 0.2 kg a.i/liter |
Semburan MSMA 1% | ➢ Sebulan sebelum musim luruh | 36 liter/hektar |
*a.i = active ingredients/ bahan aktif
Penyakit luruhan daun sekunder Corynespora adalah disebabkan oleh kulat jenis Corynespora cassiicola. Ia boleh menyerang semua peringkat daun.
Simptom penyakit ini yang boleh dilihat adalah:
Cara kawalan penyakit ini boleh dilakukan seperti di jadual bawah:
Kaedah | Kekerapan Kaedah | Kadar |
---|---|---|
Semburan racun kulat benomyl | ➢ Semburan secara berterusan seminggu sekali sehingga simptom hilang | 0.3% a.i/liter |
*a.i = active ingredients/ bahan aktif
Luruhan daun Fusicoccum berlaku disebabkan jangkitan kulat jenis Fusicoccum sp. Simptomnya sangat jelas kelihatan pada daun matang.
Dua simptom yang boleh dilihat pekebun getah tentang penyakit ini adalah:
Bagi mengawal penyakit ini, semburan racun kulat seperti dalam jadual di bawah boleh dilakukan.
Kaedah | Kekerapan | Kadar |
---|---|---|
● Semburan racun kulat Carbendazim ● Semburan racun kulat Propiconazole ● Semburan racun kulat benomyl | ➢ Semburan berterusan seminggu sekali sehingga semua simptom hilang | 0.3% a.i/liter |
*a.i = active ingredients/ bahan aktif
Penyakit luruhan daun Phytophthora ini disebabkan jangkitan kulat dikenali sebagai Phytophthora palmivora. Daun pokok getah yang diserang biasanya gugur bersama tangkainya yang mewujudkan hamparan daun hijau di bawah pokok.
Dua simptom utama penyakit luruhan daun Phytophthora adalah:
Bagi merawat dan mengawal penyakit luruhan phytophthora ini, kaedah dalam jadual di bawah boleh digunakan.
Kaedah | Kekerapan | Kadar |
---|---|---|
Semburan Kuprum oksiklorida | ➢ Semburan sebelum musim hujan bermula | 20% dalam minyak 35 liter/hektar |
Semburan Kuprum oksiklorida | ➢ Semburan sebelum musim hujan bermula | 1.2 kg a.i/hektar dalam minyak |
Selain penyakit akar dan luruhan daun, terdapat tiga lagi penyakit pokok getah yang perlu diketahui semua pekebun getah.
Anak benih pokok getah di tapak semaian yang tidak diselenggara dengan baik berpotensi untuk diserang penyakit rintik mata burung (bird’s eye spot) yang disebabkan kulat Bipolaris heveae.
Jangkitan penyakit rintik mata burung boleh dikesan melalui simptomnya iaitu:
Bagi mengawal jangkitan daripada berlaku, kaedah rawatan dalam jadual di bawah boleh dilakukan.
Kaedah | Kekerapan | Kadar |
---|---|---|
Semburan racun kulat propined | 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang | 0.2% ai/liter |
Semburan racun kulat mancozeb | 1 kali semburan setiap 7 hari sehingga daun matang | 0.2% a.i/liter |
*a.i = active ingredients/ bahan aktif
Penyakit cendawan angin (pink disease) disebabkan oleh kulat jenis Corticium salmonicolor. Ia sering berlaku pada musim hujan dan angin kencang. Simptom dapat dilihat pada bahagian dahan dan cabangan pokok getah semuda lapan bulan.
Terdapat dua simptom penyakit cendawan angin iaitu:
Bagi merawatnya, kaedah dalam jadual di bawah boleh digunakan pekebun getah.
Kaedah | Kekerapan | Kadar |
---|---|---|
Campuran Bordeaux (kuprum sulfat + Kapur pertanian) | ➢ Semburan seminggu sekali sebelum torehan dibuat | 1 kg kuprum sulfat + 2 kg kapur pertanian + 100 liter air |
Semburan racun kulat Chlorothalinil | ➢ Semburan berterusan seminggu sekali sehingga simptom hilang | 3 liter racun + 97 liter air |
Penyakit calar hitam (black stripe) berlaku kerana jangkitan kulat Phytophthora botryosa. Ia boleh berjangkit dari pokok ke pokok melalui pisau torehan.
Jangkitan boleh dikenalpasti menerusi simptom berikut:
Bagi merawat penyakit calar hitam, kaedah dalam jadual di bawah boleh digunakan.
Kaedah | Kekerapan | Kadar |
---|---|---|
Racun kulat Metalaxyl | ➢ Semburan 4 kali sehari selama 6 minggu ➢ Pisau torehan perlu direndam dalam larutan racun kulat sebelum torehan ke pokok dibuat. | 0.8% dalam air |
RISDA menawarkan dua inisiatif utama di bawah Program Pengembangan yang diwujudkan berdasarkan keperluan semasa.
Inisiatif pertama adalah Bantuan Kewangan Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis yang menjejaskan hasil ekonomi pekebun kecil.
Menerusi inisiatif ini, bantuan diberikan kepada pekebun kecil yang melakukan semburan merawat dan mengawal penyakit luruhan daun. Jumlah bantuan ditawarkan seperti berikut:
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ini, pekebun dinasihatkan menghubungi pejabat RISDA terdekat. Maklumat lanjut juga boleh dibaca di sini.
Inisiatif kedua untuk pekebun kecil adalah Bimbingan dan Latihan Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi melatih mereka untuk mengenalpasti dan mengawal penyakit pokok getah yang sering berlaku.
GAP adalah program diwujudkan RISDA untuk membantu pekebun yang terlibat dalam program penanaman semula, tetapi modul ditawarkan juga boleh digunakan pekebun untuk memantapkan pengetahuan mereka tentang penyakit pokok getah.
5 GAP perlu dimantapkan pekebun kecil adalah:
Pekebun kecil boleh menghubungi pejabat RISDA berhampiran dan membaca lebih lanjut mengenai program ditawarkan di sini.