Musim tengkujuh di Malaysia biasanya bermula pada hujung bulan Oktober dan berlarutan sehingga Disember. Kebanyakan negeri di utara dan pantai timur Malaysia mengalami hujan atau ribut berterusan sehingga mengakibatkan banjir setiap tahun. Negeri-negeri lain pula biasanya mengalami hujan atau ribut pada skala yang lebih kecil pada waktu yang sama.
Secara am, pengeluaran hasil getah berkurangan ketika hujan dan aktiviti penorehan juga sukar dilakukan. Bantuan Musim Tengkujuh atau singkatannya, BMT ialah bantuan tahunan yang dikeluarkan oleh RISDA bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya sepanjang tempoh ini.
Dua manfaat utama yang anda perolehi daripada BMT ialah;
Sebahagian besar pemilik atau pengusaha getah terutama pekebun kecil bergantung kepada pengeluaran hasil getah sebagai sumber pendapatan utama. Ini termasuk penoreh getah yang biasanya diupah oleh pemilik atau pengusaha getah. BMT membantu memastikan sumber pendapatan dua kumpulan individu ini berterusan walaupun mereka tidak dapat melakukan penorehan akibat hujan atau banjir.
Bagi pemilik atau pengusaha getah yang memiliki sumber pendapatan lain, BMT boleh berfungsi sebagai wang atau modal operasi tambahan. Ini membantu meringankan beban pekebun kecil apabila melaksanakan usaha membaikpulih atau membersihkan kebun getah mereka selepas musim tengkujuh terutama bagi kebun-kebun yang dilanda banjir.
Memandangkan jumlah penerima dan kadar bayaran Bantuan Musim Tengkujuh berbeza setiap tahun, kaedah pelaksanaannya juga berbeza serta sering dikemaskini supaya mampu memenuhi keperluan para penerima dari semasa ke semasa.
Syarat kelayakan untuk Bantuan Musim Tengkujuh bagi tahun 2023 dipecahkan kepada dua kategori utama; Syarat Kelayakan Am, Syarat Kelayakan Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Syarat Kelayakan Penoreh Bukan Pemilik.
Anda perlu mempunyai kad pengenalan yang sah atau mana-mana dokumen pengesahan warganegara yang diiktiraf seperti sijil lahir, kad pesara, kad pengenalan tentera, dan sebagainya.
Anda berdaftar dengan RISDA. Anda dikira berdaftar dengan RISDA sekiranya anda tergolong dalam salah satu kategori di bawah;
Anda berdaftar dengan RISDA. Anda dikira berdaftar dengan RISDA sekiranya anda tergolong dalam salah satu kategori di bawah;
Tanah yang dimiliki oleh anda hendaklah mempunyai jumlah keseluruhan berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar dalam lot yang sama.
Anda ialah pemilik tanah yang sah. Pemilik tanah yang sah ialah tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan dalam geran tanah atau pentadbir dalam Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Admission). Surat Kuasa Mentadbir ini perlu diluluskan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.
Bagi waris yang belum menukar hakmilik tanah daripada pemilik asal yang telah meninggal dunia, anda perlu mengemukakan Borang TS20(A) [Borang Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya], Borang TS20(B) [Surat Sumpah oleh Pihak yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah] dan melampirkan salinan sijil si mati sebagai pengesahan ketika membuat permohonan.
Memandangkan jumlah penerima dan kadar bayaran Bantuan Musim Tengkujuh berbeza setiap tahun, kaedah pelaksanaannya juga berbeza serta sering dikemaskini supaya mampu memenuhi keperluan para penerima dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda berminat untuk memohon Bantuan Musim Tengkujuh bagi tahun 2022, berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu anda tepati;