Suara Risda

Program TVET JELITA RISDA | Apa Itu & Cara Memohon

Isi Kandungan

Program TVET JELITA membantu wanita berumur 18 tahun ke atas untuk menambah kemahiran baru, sama ada mereka mempunyai pengalaman kerja atau tidak.

Dengan kemahiran teknikal (hard skills) dan insaniah (soft skills), anda akan lebih bersedia dan yakin menghadapi dunia pekerjaan.

Jika anda ingin meningkatkan kemahiran dan membina masa depan yang lebih cerah, Program TVET JELITA RISDA adalah pilihan yang tepat.

Apakah Program TVET Jelita?

Secara ringkas, program ini adalah Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Khas untuk wanita yang bertujuan meningkatkan ekonomi mereka.

Program ini juga bertujuan membantu wanita menjadi lebih profesional, berkerjaya, dan berdaya saing.

Akademi TVET Jelita RISDA merangkumi pelbagai inisiatif dan insentif dalam merealisasikan pembangunan ekonomi wanita.

6 Bidang TVET Jelita RISDA

Dapatkan bimbingan daripada pakar seperti KRU dalam bidang Visual Effect, Mobilegraphy, dan Animasi 3D, atau belajar membuat grafik menggunakan Canva dengan TVET Jelita. Anda juga boleh mereka bentuk fesyen bersama Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd.

Apa sahaja bidang yang anda ingin ceburi, semuanya boleh!

Melalui Program TVET JELITA, anda berpeluang mendapatkan bimbingan dalam bidang:

  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Keusahawanan dan Pemasaran
  • Kepimpinan dan Pengurusan
  • Pengangkutan dan Logistik
  • Kecantikan dan Fesyen

Tujuan TVET JELITA?

Program sistematik yang dicadangkan ini membuka peluang kepada enam kumpulan sasar wanita termasuk yang di luar bandar untuk meningkatkan diri melalui TVET.

Lebih ramai wanita akan diberikan keupayaan memajukan diri melalui upskilling, reskilling, multiskilling dan future skilling TVET.

Impak besar secara langsung akan dapat diperolehi dari segi sosio ekonomi apabila pemerkasaan Wanita melalui TVET tercapai.

Initiatif ini memenuhi Sustainable Development Goal (SDG) ke-5 iaitu Kesaksamaan Jantina.

Siapakah Kumpulan atau Tumpuan Sasaran TVET JELITA?

  • Wanita Lepasan sekolah (18 Tahun dan ke atas)
  • Wanita berkeluarga & ibu tunggal ingin menceburi semula pasaran kerja
  • Wanita luar bandar/OKU/orangasli berminat menceburi TVET
  • Usahawan Wanita berminat mengembangkan bisnes TVET
  • Wanita bekerja berminat menukar kerjaya
  • Wanita profesional ingin meningkatkan kerjaya melalui pendidikan sepanjang hayat TVET

Bagaimanakah Program TVET JELITA Membantu Anda?

Direka untuk memperkasakan wanita melalui pendidikan dan latihan kemahiran. Berikut adalah manfaat yang ditawarkan:

Peluang Luas: Menyediakan tempat untuk 150,000 peserta menjelang 2026 dalam pelbagai bidang kemahiran seperti teknologi maklumat, teknologi kejuruteraan, kecantikan dan fesyen, serta pengangkutan dan logistik.

Latihan dan Sokongan: Menyediakan latihan berterusan dan sokongan dalam kepemimpinan, komunikasi, dan penyelesaian masalah.

Kerjasama Industri: Bekerjasama dengan rakan strategik dan industri, menjanjikan 1,000 penempatan kerja untuk graduan.

Komitmen Inklusiviti: Memastikan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti untuk wanita dari pelbagai latar belakang.

Apakah syarat untuk menyertai TVET Jelita?

Pendaftaran terbuka kepada wanita dari kumpulan sasaran yang disebutkan.

Kaedah Permohonan Program TVET JELITA

Pendaftaran boleh dilakukan melalui:

Pendaftaran am berpusat kepada RISDA: https://bit.ly/3O7l45V

Pendaftaran bersasar mengikut kursus pensijilan yang diminati berpusat di UTeM: https://forms.gle/ByeW2ZUtt8VFb53G6

Untuk maklumat lanjut layari, tvetjelita.com.my

Top