Suara Risda

Bantuan Tanam Semula

Apakah Bantuan Tanam Semula RISDA?

Bantuan Tanam Semula merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Tanam Semula RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority) dan menjana salah satu fungsi utama RISDA di bawah Akta RISDA No. 85/1972. Akta ini menegaskan bahawa RISDA bertanggungjawab melaksanakan serta memantau penanaman semula pokok getah tua dengan pokok getah baharu atau tanaman lain yang dibenarkan. Inisiatif Bantuan Tanam Semula ini dilaksanakan sebagai dorongan untuk pekebun kecil melakukan penanaman semula kebun getah mereka. Insentif ini juga dilaksanakan bagi membantu menganggung sebahagian kos tanam semula getah. Melalui bantuan ini, jika anda salah seorang pekebun kecil RISDA, anda layak mendapat dana sehingga RM14,000 sehektar secara berperingkat bagi menampung kos tanam semula kebun getah anda.

Bantuan Tanam Semula ini terbahagi kepada;

• Bantuan Tanam Semula Kali Pertama (TS1)

• Bantuan Tanam Semula Kali Kedua (TS2)

• Bantuan Tanam Semula Kali Ketiga (TS3)

• Bantuan Tanam Semula Kali Keempat (TS4)

Tujuan Penanaman Semula

Sebagai salah satu tanaman yang menjana ekonomi negara, RISDA menggalakkan anda melakukan proses tanam semula getah. Antara tujuan penanaman semula getah termasuklah untuk;

Mengganti Pokok Getah Tua

Pokok getah tua ialah pokok getah yang berusia antara 15-20 tahun. Pokok getah tua biasanya tidak lagi mengeluarkan hasil yang banyak dan perlu ditukar melalui proses tanam semula getah.

Mengganti Pokok Getah Tak Ekonomik

Pokok getah tak ekonomik ialah pokok getah yang; mengeluarkan hasil kurang daripada 500kg per hektar atau setahun, telah habis kulit tapak torehan, diserang penyakit, makhluk perosak, atau bencana alam serta sebab-sebab lain yang membolehkan penanaman semula berdasarkan pendapat Pegawai Penilai.

Mendapatkan Baka Lebih Baik

Anda juga boleh memilih untuk melakukan penanaman semula bagi mendapatkan baka pokok getah yang lebih baik. Apa yang dimaksudkan oleh baka pokok getah yang lebih baik ialah baka pokok tersebut mampu mengeluarkan lebih banyak getah, mempunyai ketahanan tinggi daripada penyakit, dan lain-lain

Menjana dan Menambah Pendapatan

Melalui penanaman semula, anda boleh meneruskan atau menambah pendapatan terutama dengan menggantikan pokok getah tak ekonomik dengan baka baharu yang lebih baik.

Syarat Kelayakan

Sekiranya anda ingin memohon insentif ini, anda hendaklah mematuhi segala syarat-syarat kelayakan yang dikemukakan. Terdapat dua jenis syarat kelayakan Bantuan Tanam Semula iaitu syarat kelayakan am dan syarat kelayakan kebun bagi permintaan Bantuan Tanam Semula Kali Pertama (TS1) hingga Kali Keempat (TS4).

  1. Warganegara Malaysia: Anda merupakan warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan sah.
  2. Pekebun Kecil: Anda merupakan waris, pemegang amanah atau pemilik tanah dengan jumlah keluasan kurang daripada 40 hektar.
  3. Geran Sah: Tanah yang dipohon memiliki hakmilik tanah (geran) yang sah. Sekiranya anda tidak mempunyai geran yang sah, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Tanah atau Agensi Kerajaan berkenaan.
  4. Luas Minimum: Mempunyai luas minimum seluas 0.1 hektar.
  5. Luas Maksimum: Mempunyai luas maksimum seluas 40 hektar.
  1. Mempunyai Getah Bertoreh: Kebun anda hendaklah mempunyai getah bertoreh iaitu getah yang pernah mengeluarkan hasil.
  2. Mengandungi Pokok Getah Tak Ekonomik: Kebun anda mempunyai pokok getah tak ekonomik yang telah disahkan oleh Pegawai Penilai.
  3. Mengandungi Tunggul Getah Tua: Kebun anda mempunyai tunggul getah tua – iaitu tunggul getah tua yang telah ditebang atau terbiar.
  4. Merupakan Kawasan Tumpuan Tanaman Getah: Kebun anda hendaklah berada di kawasan yang menjadi tumpuan tanaman getah. Ini tertakluk kepada pengesahan melalui dokumen rasmi atau bukti-bukti lain seperti; buku lesen getah lama, gambar satelit, Lesen Getah/Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil, surat pengesahan daripada mana-mana Agensi Kerajaan, rekod membuktikan lot anda pernah menyertai tanam semula atau rekod membuktikan lot anda mengandungi pokok getah berdasarkan lot bersebelahan yang menyertai tanam semula.
  1. Luas Minimum: Mempunyai luas minimum seluas 0.1 hektar.
  2. Luas Maksimum: Mempunyai luas maksimum seluas 40 hektar.
  3. Memilih Pendekatan Tanam Semula Individu (TSI) atau Tanam Semula Berkumpulan: Tanam Semula Individu ialah permohonan secara persendirian (perseorangan) sebagai pengusaha tanah atau waris yang mempunyai Surat Wakil Kuasa (SWK). Tanam Semula Berkumpulan ialah permohonan yang dibuat oleh dua atau lebih pengusaha tanah – secara amnya dilakukan oleh sesebuah kampung atau daerah.
  4. Usia Pokok Getah: Pokok getah di dalam kebun yang dipohon secara individu dan berkumpulan untuk tanam semula getah hendaklah berusia sekurang-kurangnya 20 tahun – kecuali pokok getah yang sudah tidak ekonomik.

Kadar Bantuan Tanam Semula

Memandangkan kos penanaman semula getah boleh mencecah ribuan ringgit, insentif ini biasanya diberikan secara ansuran sebanyak lima kali. Jumlah yang diberikan adalah mengikut keluasan tanah iaitu per hektar dan bergantung kepada lokasi kebun anda.

Kadar Bantuan Tanam Semula Getah

Tempoh kadar ansuran dan jumlah bantuan berdasarkan lokasi bagi tahun 2021-2025;

Langkah Permohonan Bantuan Tanam Semula RISDA

Setakat ini, proses permohonan Bantuan Tanam Semula RISDA perlu dilakukan secara fizikal.

  1. Mengisi dan menghantar borang permohonan di mana-mana pejabat RISDA negeri, daerah, atau kawasan. 
  2. Setiap permohonan mestilah dibuat menggunakan Borang TS11 (TS11 Pin.1/04). Anda perlu mengambil berat “Notis Penting” yang tertera pada borang sebelum mula mengisi.
  3. Borang permohonan hendaklah dihantar atau diposkan ke pejabat RISDA berhampiran dengan lokasi kebun tanaman semula anda.
  4. Setelah permohonan anda diterima, pihak RISDA akan menghantar Pengakuan Penerimaan Permohonan (TS14) berbentuk kad kepada anda.
  5. Anda disarankan menghafal Nombor Permohonan pada kad TS14 kerana ini merupakan nombor rujukan RISDA untuk sebarang urusan penanaman semula getah.
  6. Anda perlu mengambil berat arahan pada kad TS14 iaitu larangan menebang atau merosakkan sebarang pokok atau anak pokok getah di kebun yang dipohon. Ini kerana pihak RISDA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung kos penanaman semula sekiranya permohonan ditolak.
Bagi pengetahuan anda, permohonan Bantuan Tanam Semula ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, anda digalakkan menghubungi kami secara langsung di sini atau muat turun borang permohonan secara dalam talian di laman ini.
Top