Suara Risda

Program Agromakanan RISDA

Apakah Program Bantuan Agromakanan RISDA?

Program Agromakanan merupakan salah satu inisiatif Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi membantu pekebun kecil meningkatkan penghasilan dan pendapatan melalui bidang pertanian selain dari sumber getah. Program Agromakanan RISDA (PAM) ini adalah sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.

Objektif Program Agromakanan RISDA

I. Mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pendapatan dari sumber getah dengan memfokuskan bidang agromakanan agar menjadi lebih efektif dalam meningkatkan taraf kehidupan pekebun kecil

II. Menyediakan kemudahan bantuan kepada Pekebun Kecil untuk menjalankan aktiviti pertanian selain getah seperti tanaman jangka pendek dan ternakan

III. Menggalakkan pekebun kecil untuk menerokai sumber baru untuk meningkatkan pendapatan

IV. Untuk menyokong dan memenuhi Dasar Agromakanan Negara dan Dasar Sekuriti Makanan Negara.

V. Sasaran peningkatan pendapatan Pekebun Kecil kepada RM500/bulan pada akhir tahun 2025.

Kumpulan Sasar Program Agromakanan RISDA

Kumpulan sasar program ini terbahagi kepada tiga. Pekebun kecil, integrator dan anchor. Setiap kumpulan sasar ini mempunyai kelayakan yang berbeza untuk memohon.

Pekebun Kecil

  • Pekebun kecil adalah pemilik tanah yang jumlah keluasan kurang daripada 40 hektar, bertanam getah dan berdaftar serta menyertai program atau pembangunan RISDA
  • Pekebun kecil (pemilik pengusaha) adalah pekebun kecil getah yang memiliki tanah, mengurus dan mengusahakannya sendiri.
  • Ahli isi rumah (AIR) adalah ahli keluarga pekebun kecil yang terdiri dariapda sama ada suami atau isteri atau anak terutamanya yang tinggal serumah dengan pekebun kecil.

Integrator

  • Ejen Pelaksana

Merupakan kumpulan RISDA Holding (KRH) atau Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang berpengalaman menjalankan projek dan perniagaan berkaitan bidang pertanian yang menguruskan pelaksanan 100% ke atas projek yang diuruskan dan pekebun kecil sebagai penerima faedah menerima dividen.

  • Anchor

Merupakan Sayrikat Bumiputera Tempatan, Kumpulan RISDA Holding (KRH) atau Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang berpengalaman menjalankan projek dan perniagaan berkaitan bidang pertanian bagi menguruskan pelaksanaan pembekalan input atau alatan, khidmat nasihat, tunjuk ajar teknikal, pemasaran dan pemantauan sepanjang pelaksanaan projek oleh peserta pekebun kecil.

Penerima Faedah Program Agromakanan RISDA

I. Pekebun kecil yang layak menerima faedah atau dividen dari projek yang dilaksanakan oleh integrator

II. Keutamaan penerima faedah adalah pekebun kecil dari kategori B40 dan pekebun kecil peserta tanam semula di lokasi projek yang dijalankan oleh integrator/berkelompok pekebun kecil dan diperaku oleh Pejabat RISDA Negeri (PRN) / Pejabat RISDA Daerah (PRD)/ Pejabat RISDA Jajahan (PRJ)/ Pejabat RISDA Bahagian (PRB)

Siapakah Yang Layak Memohon Program Agromakanan RISDA?

Jika anda ingin memohon insentif Program Agromakanan RISDA, anda hendaklah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang dikemukakan. Terdapat dua jenis kelayakan untuk Program Agromakanan RISDA iaitu kelayakan bagi pekebun kecil dan juga kelayakan bagi integrator. Semak kelayakan anda di sini:

  1. Warganegara Malaysia; Pekebun Kecil/ Ahli Isi Rumah (AIR); Umur 18-60 tahun; daftar dengan RISDA
  2. Peserta Program Tanam Semula
  3. Hak milik tanah atau surat kebenaran guna atau sewa tanah min 2 tahun (jenis projek/ break even point)
  4. Berkemampuan menjalankan projek separuh / sepenuh masa
  5. Menghadiri Kursus Agromakanan yang dianjurkan RISDA
  6. Bersetuju dengan agihan keuntungan 60:40 (antara Ketua Kumpulan & Ahli lain) bagi projek Pekebun Kecil Berkelompok (3-5 orang)
  7. Peserta bersedia untuk membiayai kos projek selain daripada bantuan RISDA
  8. Keluasan tanah projek adalah munasabah dengan nilai bantuan yang dipohon
  9. Peserta AET / PPP KDW tidak layak mohon bantuan dalam tempoh 2 tahun
  1. Warganegara Malaysia
  2. Kumpulan RISDA Holding (KRH) atau Koperasi Pekebun Kecil seliaan RISDA atau Syarikat Bumiputera Tempatan yang berlatarbelakangkan bidang pertanian dan mempunyai pengalaman menjalankan projek / perniagaan berkaitan bidakng pertanian atau;
  3. Usahawan Agromakanan atau Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang berpengalaman mempunyai kepakaran dan berkeupayaan membentuk usahawan baru dan mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh
  4. Berlatar belakang bidang pertanian dan ada pengalaman jalankan projek yang dipohon
  5. Mempunyai kepakaran & berkeupayaan membentuk usahawan baru
  6. Hak milik tanah / surat kebenaran guna @ sewa tanah minimum 2 tahun (jenis projek/ break even point)
  7. Telah berdaftar SSM/ PBT/ MOF atau mana-mana lesen berkaitan
  8. Kewangan stabil 10% daripada nilai bantuan
  9. Integrator ejen pelaksana – urus projek sendiri tanpa pihak ke-3
  10. Mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh
  11. Bersedia untuk membiayai kos projek selain bantuan RISDA
  12. Keluasan tanah projek adalah munasabah dengan nilai bantuan yang dipohon
  13. Berkeupayaan untuk melaksanakan projek serta mempunyai tapak yang bersesuaian
  14. Bersetuju dengan agihan keuntungan 50:50 (Ketua Kumpulan & Ahli) bagi projek PK Berkelompok
  15. Sedia SOP projek, pelan pelaksanaan & pemasaran yang lengkap

Apakah Kategori Program Agromakanan RISDA?

Terdapat tiga kategori Program Agromakanan RISDA iaitu, tanaman jangka pendek, ternakan dan pemasaran.

1. Tanaman Jangka Pendek

Tanaman yang mengeluarkan hasil sekali sahaja dan mempunyai jangka hayat tidak lebih 2 tahun.
Antara pilihan tanaman jangka pendek untuk Program Agromakanan RISDA:

  • Sayuran berdaun
  • Buah-buahan (nanas, pisang, betik dln)
  • Tanaman herba (Serai, halia, kunyit dln)
  • Tanaman kontan (Jagung, tebu dln)
  • Tanaman makanan ternakan (Napier, buluh, Jagung bijian dln)
  • Dan lain-lain tanaman yang diluluskan Jawantankuasa

Kaedah Penanaman

  • Secara on farm atau off farm
  • Kaedah konvensional (batas, polibeg, dll)
  • Kaedah tanpa tanah (fertigasi/hidroponik/akuaponik dll)
  • Penggiliran tanaman adalah digalakkan sekiranya ada keperluan bagi mengelakkan serangan perosak dan penyakit.

2. Ternakan

Aktiviti yang melibatkan kaedah pemeliharaan atau pembiakbakaan atau lain-lain kaedah yang bersesuaian mengikut jenis ternakan.

  • Ternakan Ruminan (Lembu,Kambing,Kerbau dln)
  • Ternakan Unggas (Ayam,Itik,Puyuh dln)
  • Ternakan bukan ruminan & bukan unggas (Arnab, Landak dln)
  • Akuakultur
  • Ternakan lebah

Kaedah Ternakan

  • Pemeliharaan (fidlot/integrasi) bagi ternakan ruminan
  • Pembiakbakaan
  • Dan lain-lain kaedah yang bersesuaian mengikut jenis ternakan

3. Pemasaran

Kategori pemasaran meliputi aktiviti seperti berikut:

  • Pusat pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan dan pengedaran hasil
  • Rakan strategik 
  • Pengedar
  • Ejen
  • Kajian / khidmat pelanggan

Kadar Bantuan Program Agromakanan RISDA

Program Agromakanan RISDA berbentuk bantuan infrastruktur, input, peralatan dan konsultasi. Setiap bantuan ini mempunyai pecahan nilai.

  1. Pekebun Kecil (Individu): RM20,000
  2. Pekebun Kecil (Berkelompok, 3 – 5 orang): RM60,000 – RM100,000 (RM20,000/peserta)
  3. Integrator Anchor: RM300,000/projek
  4. Integrator Ejen Pelaksana: RM300,000/projek
  1. Penyediaan & pembersihan kawasan
  2. Bina baru/ baik pulih infrastruktur ladang
  3. Sistem pengairan & perparitan
  4. Kemudahan elektrik & air
  5. Kemudahan pagar
  6. Papan tanda
  1. Input pertanian
  2. Baka ternakan
  3. Makanan ternakan & ubat-ubatan
  4. Peralatan/ mesin/ jentera
  5. Kemudahan pembungukusan/label
  6. Teknologi pertanian moden
  7. Kajian tanah
  8. Khidmat perundingan & promosi
  9. Latihan, khidmat nasihat & bimbingan*
  10. Perlindungan insurans projek dari bencana alam, penyakit dan sebagainya**
  11. Lain-lain keperluan yang diluluskan oleh Jawatankuasa

Cara Memohon Program Agromakan RISDA

Ini adalah cara mudah untuk memohon Program Agromakanan RISDA. Dapatkan borang permohonan di pejabat RISDA yang berdekatan dengan anda.
Pastikan maklumat yang diisi lengkap bersama tandatangan pihak yang berkenaan.

    1. Pekebun kecil atau berkelompok mengisi borang permohonan.
    Borang itu haruslah lengkap bersama:
    • Pengakuan dan persetujuan oleh ketua projek (jika berkelompok)
    • Sokongan penolong pegawai pertanian kawasan
    • Sokongan penyelaras program khas daerah
    • Perakuan oleh pegawai RISDA daerah/jajahan/bahagian
    • Kepil bersama surat sokongan program Agromakanan oleh agensi/jabatan yang berkaitan
  1. Hantar borang permohonan
  2. Hantar kertas kerja dan sokongan agensi/ jabatan berkaitan 
  3. Tunggu maklum balas kelulusan
    1. Pekebun kecil atau berkelompok mengisi borang permohonan.
    Borang itu haruslah lengkap bersama:
    • Maklumat projek
    • Sokongan penyelaras program khas daerah dan penolong pegawai pertanian kawasan
    • Perakuan oleh pegawai RISDA daerah/jajahan/bahagian
    • Perakuan oleh pengarah RISDA 
    • Maklumat ahli-ahli projek atau penerima dividen
    • Kepil bersama surat sokongan program Agromakanan oleh agensi/jabatan yang berkaitan
  1. Hantar borang permohonan
  2. Hantar kertas kerja dan sokongan agensi/ jabatan berkaitan
  3. Tunggu maklum balas kelulusan

PERLUASAN SKOP

Pengembangan Projek

  • Peluang kepada peserta untuk mengembangkan projek sedia ada dengan syarat memperolehi jualan lebih 30% daripada tahun sebelum. 
  • Layak terima bantuan 50% daripada kelulusan bantuan pertama. 
  • Bantuan disyorkan untuk membesarkan saiz projek.

Pemulihan Projek

  • Dipertimbangkan atas situasi:
  • Serangan musuh perosak 
  • Bencara alam
  • Nilai bantuan mengikut jenis kerosakan yang diluluskan oleh JK 
  • Nilai bantuan tidak lebih 30% nilai kelulusan bantuan pertama.

Penukaran Projek

  • Pertimbangan untuk penukaran projek disebabkan factor serangan penyakit
  • Tiada bantuan tambahan.
  • Permohonan perlu mendapat kelulusan pengarah program.

Pelaporan & Pemantauan

PEMANTAUAN PROJEK

Pemantauan dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan projek dan perbelanjaan peruntukan diluluskan adalah mengikut jadual yang ditetapkan

Pemantauan PRN & BPK

Dikehendaki melawat dan memantau sekurangnya 10% daripada projek tahun semasa

Pemantauan JKHAS

Pemantauan diketuai oleh TKP(P) secara berkala. Hasil pemantauan dibentang dalam JIPAM

Dasar Pemisah (Exit Policy) dan Penalti

Permohonan yang masih dalam proses ataupun yang sudah diluluskan berisiko untuk ditamatkan oleh RISDA atas sebab berikut:

  1. Kadar kematian tinggi
  2. Kadar kelahiran rendah
  3. Pengurusan & pengendalian tidak cekap
  4. Kecurian, pecah amanah, salah guna aset
  5. Tidak ikut SOP yang ditetapkan
  6. Peserta tidak patuh perjanjian
  7. Isu tanah/ masalah dasar/ isu perolehan
  8. Faedah tidak sampai kepada golongan sasar

Penalti

Penalti juga akan dikenakan sekiranya projek tersebut gagal disebabkan oleh kecuaian peserta. Jika ini berlaku, tindakan yang akan diambil adalah:

  1. Peserta dikehendaki membayar semula nilai bantuan projek kepada pihak RISDA
  2. RISDA berhak menarik balik atau memindahkan manamana aset yang tidak digunakan kepada peserta lain yang memerlukan

Maklumat Lanjut

Jika anda perlukan maklumat lanjut dan ingin bertanya tentang Program Agromakanan RISDA, anda boleh menghubungi kami di sini.
Top