Program Getah Matang adalah program untuk meningkatkan produksi dan kualitas getah dari pohon karet yang telah mencapai usia matang. Program ini mencakup penggunaan teknik dan bahan yang tepat untuk meningkatkan produksi dan kualitas getah, serta pemanfaatan limbah dari pohon karet.
Program Getah Matang telah dilaksanakan oleh RISDA bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7) dan ditambah baik dari tahun ke tahun menerusi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) sehingga ke Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Pelaksanaan Program Getah Matang yang dilaksanakan adalah meliputi :
a. Program Skim Getah Matang (SGM)
b. Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP).
Syarat – syarat kelayakan bagi Program Skim Getah Matang (SGM) adalah seperti berikut :
Keutamaan penerima yang layak dalam Skim Getah Matang adalah seperti berikut :
Syarat-syarat tambahan bagi Program SGM 1 adalah seperti berikut :
Syarat-syarat tambahan bagi Program SGM 2 adalah pokok yang ditoreh panel BO-I atau BO-2 sahaja.
Kadar Bantuan bagi Program Skim Getah Matang (SGM) yang layak diterima oleh Pekebun Kecil adalah tertakluk kepada jenis hasil kebun getah yang dikeluarkan seperti berikut :
PROGRAM SUB-PROGRAM KADAR BANTUAN MAKSIMUM / HEKTAR SEMENANJUNG SABAH/SARAWAK Skim Getah Matang Skim Getah Matang Skrap : RM8,100
Lateks : RMSkrap : RM8,100
Lateks : RMGetah Matang Tanam Semula RM 400 Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP) Pusat Timbang Stor (PTS) Bina Baru : RM290,000 Depo Pengumpulan Skrap (DPS) Bina Baru : RM45,000
Baik Pulih : RM15,000Depo Pengumpulan Lateks (DPL) Bina Baru : RM50,000
Baik Pulih : RM15,000Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB) Bina Baru : RM50,000 Prasarana Ladang RM2,200 Geran Padanan RM5,000 (one-off) Insentif Pengeluaran Getah Berkumpulan Skrap : RM1,800 (6 Bulan – one off)
Lateks : RM3,600 (12 Bulan – one off)
A. Kebun yang telah lulus bantuan akhir tanam semula hendaklah dibuat permohonan dan lawatan pemeriksaan kebun Skim Getah Matang menggunakan Sistem e-SRM / Borang GM 18A seperti di Lampiran 2A untuk kelulusan bantuan SGM 1. Jika permohonan menggunakan sistem e-SRM maka para 8.5 (c) hingga 8.5 (I) tidak berkaitan.
B. Kebun selain daripada para 8.5(a) dan belum bertoreh hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan sistem e-SRM / borang Permohonan SGM 1 (SGM1/2-01) seperti di Lampiran 2B (borang disedia dan dicetak sendiri oleh Pusat Tanggungjawab).
C. Permohonan juga boleh dibuat secara wakil kuasa dengan menggunakan sistem e-SRM / Borang GM20A/20B (Surat Wakil Kuasa) seperti di Lampiran 2C/2D.
Permohonan hendaklah disertakan dengan :
E. Pemohon hendaklah membawa geran asal untuk disemak semasa penghantaran Borang SGM1/2-01 atau semasa lawatan pemeriksaan kebun.
F. Permohonan yang lengkap diterima bagi para 8.5.2 hendaklah diserah kepada Penolong Pegawai Pertanian Kawasan (PPPK) yang berkaitan untuk lawatan pemeriksaan kebun dan penyemakkan keterangan geran tanah.
G. Setelah pemeriksaan kebun disahkan, Borang SGM1/2-01 atau GM18A hendaklah dihantar ke Pusat Tanggungjawab RISDA melalui Ketua Stesen.
H. Permohonan yang diterima hendaklah didaftarkan dan difailkan secara individu mengikut tatacara berikut :
I. Keputusan permohonan sama ada permohonan dilulus atau ditolak akan diberitahu kepada pemohon dengan menghantar Pemberitahu Kelulusan / Penolakan Permohonan SGM 1 (SGM1/2-02) seperti di Lampiran 3.
J. Sediakan Senarai Penerima SGM 1 (SGM1/2-03) seperti di Lampiran 4.
K. Lengkapkan borang Pengesahan Penerimaan Barang (SGM1/2-04) seperti di Lampiran 5.
L. Carta Aliran Pelaksanaan SGM 1 adalah seperti di Lampiran 6.
M. Bagi permohonan yang menggunakan sistem e-SRM, pekebun kecil boleh menyemak status permohonan dengan log masuk ke dalam sistem e-SRM menggunakan kad pengenalan pekebun kecil.
N. Pengesahan pembekalan dan terimaan barang juga boleh dilakukan melalui sistem e-SRM dengan menekan butang terimaan atau penghantaran barang bagi proses selanjutnya.
A. Kebun yang telah lulus SGM 1 hendaklah di buat lawatan pemeriksaan kebun Skim Getah Matang pada tahun berikutnya menggunakan sistem e-SRM / Borang GM 18A seperti di Lampiran 2A untuk kelulusan bantuan SGM 2. Jika menggunakan sistem e-SRM maka para 9.5 (c) hingga 9.5 (I) tidak berkaitan.
B. Kebun selain daripada para 9.5 (a) dan kebun yang bertoreh panel BO-1 dan BO-2 sahaja hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan sistem e-SRM / borang Permohonan SGM 2 (SGM1/2-01) seperti di Lampiran 2B (borang disedia dan dicetak sendiri oleh Pusat Tanggungjawab).
C. Permohonan juga boleh dibuat secara wakil kuasa dengan menggunakan Borang GM20A/20B (Surat Wakil Kuasa) seperti di Lampiran 2C/2D
D. Permohonan hendaklah disertakan dengan :- Salinan kad pengenalan pemohon;dan- Salinan pendaftaran e-SPeK;dan- Salinan geran tanah yang disahkan atau carian rasmi geran tanah.
E. Pemohon hendaklah membawa geran asal untuk disemak semasa penghantaran Borang SGM1/2-01 atau semasa lawatan pemeriksaan kebun.
F. Permohonan yang lengkap diterima bagi para 9.5.2 hendaklah diserah kepada Penolong Pegawai Pertanian Kawasan (PPPK) yang berkaitan untuk lawatan pemeriksaan kebun dan penyemakan keterangan geran tanah.
G. Setelah pemeriksaan kebun disahkan, Borang SGM1/2-01 atau GM18A hendaklah dihantar ke Pusat Tanggungjawab RISDA melalui Ketua Stesen.
H. Permohonan yang diterima hendaklah didaftarkan dan difailkan secara individu mengikut tatacara berikut :
I. Keputusan permohonan sama ada permohonan dilulus atau ditolak akan diberitahu kepada pemohon dengan menghantar Pemberitahu Kelulusan / Penolakan Permohonan SGM 2 (SGM1/2-02) seperti di Lampiran 3.
J. Sediakan Senarai Penerima SGM 2 (SGM1/2-03) seperti di Lampiran 4.
K. Lengkapkan borang Pengesahan Penerimaan Barang (SGM1/2-04) seperti di Lampiran 5.
L. Carta Aliran Pelaksanaan SGM 2 adalah seperti di Lampiran 6.
M. Bagi permohonan yang menggunakan sistem e-SRM, pekebun kecil boleh menyemak status permohonan dengan log masuk ke dalam sistem e-SRM menggunakan kad pengenalan pekebun kecil.
N. Pengesahan pembekalan dan terimaan barang juga boleh dilakukan melalui sistem e-SRM dengan menekan butang terimaan atau penghantaran barang bagi proses selanjutnya.
Nama:
En. Hairul Azry bin Baharom
Bahagian:
Unit Produktiviti
Jawatan:
Pegawai Pertanian
E-mel:
hairulazry@risda.gov.my
Sambungan:
480