Suara Risda

Penyakit Luruhan Daun

Serangan penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP) telah mula dikesan pada November 2017 di Kampung Pancajaya, Segamat, Johor. Sehingga kini, serangan penyakit ini telah dilaporkan dikesan di semua negeri kecuali Perlis dan Pulau Pinang. 
 
Kulat ini menjangkiti daun, tangkai, dahan dan buah pokok getah dimana jangkitan serangan lebih tertumpu pada bahagian daun berbanding bahagian lain. Serangan yang ringan dan sederhana boleh menyebabkan keguguran daun sehingga 50%. Sementara itu, jangkitan parah dan berulang akan menyebabkan keguguran daun getah matang daripada 90% hingga 100%. 

Syarat Program Bantuan

  • Warganegara Malaysia 
  • Berdaftar dengan RISDA 
  • Hak milik kebun yang sah 
  • Disaksikan oleh Ketua Stesen/Penolong Pegawai Pertanian Kawasan 
  • Disemak oleh Penyelaras Pengembangan Negeri/Daerah/Jajahan/Bahagian dan diluluskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab 

Kadar Bantuan

Bantuan adalah merangkumi kerja-kerja rawatan semburan penyakit LDP

  • Kadar Bantuan adalah RM160/hek/pusingan untuk seluruh Semenanjung Malaysia 
  • Kadar Bantuan adalah RM200/hek/pusingan untuk Sabah dan Sarawak 

Pusingan Kerja:

  • Jumlah pusingan kerja adalah sekurang-kurangnya empat (4) kali pusingan semburan. 
  • Jarak antara setiap pusingan semburan adalah 14 hari. 

Kaedah Semburan

  • Guna Power Sprayer Pump untuk aplikasi semburan. 
  • Sembur pada keseluruhan permukaan daun. 
  • Elakkan melakukan semburan pada waktu ranggasan daun. 
  • Penyemburan racun kulat tidak boleh dilaksanakan pada waktu hujan lebat. 

Kadar

  • 3.2g/ℓ bahan kimia 
  • 200ℓ/hektar air 
  • 640mℓ/hektar bahan kimia 

Kaedah Permohonan

Boleh berhubung dengan pejabat atau stesen RISDA berhampiran. 

Senarai Borang Berkaitan

BilTajukMuat Turun
1Borang Permohonan: LDP 01PDF

Rujukan Lanjut

Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi (BPPT): 03-4256 4022 (Sambungan : 181) 

Top