Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik cadangan mengkaji menaikkan harga lantai getah sekerap,sekurang-kurangnya kepada RM3 sekilogram (kg) berbanding RM2.70 yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.
Beliau berkata, pengumuman berhubung penetapan harga lantai baharu komoditi itu bagaimanapun seharusnya dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kenaikan yang akan dilaksanakan bakal memberi kelegaan kepada pekebun kecil getah untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka. Kami sangat gembira, tetapi kami mahu pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desadan Wilayah (KKDW) di Ibu Pejabat RISDA, di sini semalam.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang dan Ketua Setiausaha KK DW, Datuk Seri Ramlan Harun.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching di Dewan Rakyat pada Selasa lalu bahawa kementerian itu akan memperhalusi cadangan menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram.
Timbalan Perdana Menteriber kata, cadangan menaikkan harga lantai getah sekerap seiring usaha kerajaan sebelum ini yang menaikkan Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram menerusi peruntukan sebanyak RM350 juta.
Fokus tingkat pendapatan Pada majlis sama, beliau turut melancarkan Tahun Peningkatan Pendapatan dan Produktiviti Pekebun Kecil yang fokus kepada peningkatan pendapatan produktiviti hasil lateks, pembangunan keusahawan serta program agromakanan yang bakal memanfaatkan lebih 500,000 pekebun kecil seluruh negara.
Katanya, KKDW mahu penghasilan lateks dipertingkatkan berikutan kira-kira 80 peratus kegunaan domestik bahan itu adalah hasil daripada import bernilai kira-kira RM3 bilion untuk menampung pengeluaran industri domestik.
“Bagi menyokong strategi peningkatan pendapatan ini, RISDA menyediakan Penetapan Zon Pengeluaran Lateks bagi membantu meningkatkan produktiviti getah kepada 1,800kg bagi setiap hektar setahun.
“Selain itu, sebanyak 15 depopengumpulan lateks akan dibina pada tahun ini bagi merancakkan penghasilan lateks oleh pekebun kecil, sekali gus melengkapkan 51 depo pengumpulan sedia ada,” katanya melalui penghasilan lateks,ia mampu meningkatkan lebih 30 peratus pendapatan pekebun kecil.
“Buat masa ini, harga lateks boleh mencecah RM6.37 sekilogram berbanding harga sekerap RM2.41sekilogram. Menerusi program keusahawanan pula, RISDA menyasarkan membimbing 22,500 usahawan pekebun kecil dengan nilai bantuan RM20,000 setiap penerima,” katanya.
Ahmad Zahid juga mengumumkan KKDW memperuntukkan RM676.4 juta kepada RISDA bagi memastikan kesejahteraan pekebun kecil getah di seluruh negara, mengambil kira strategi komprehensif agensi berkenaan melalui lima komponen utama yang sudah digariskan.