Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ~ Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA telah membuka permohonan dan pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh bagi tahun 2023 (BMT 2023).
Untuk makluman, permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) 2023 telah dibuka mulai daripada tarikh 15 Jun 2023 Hingga 15 September 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BMT 2023 dan cara membuat permohonan.
Penubuhan RISDA ini dibuat mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 dan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
Tujuan penubuhannya adalah untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri getah sektor pekebun kecil serta memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, program latihan dan pendidikan kepada sektor pekebun kecil.
Oleh itu, salah satu insentif iaitu BMT telah diperkenalkan bagi membantu para pekebun kecil yang terjejas akibat musim tengkujuh yang akan menjelang pada setiap hujung tahun di Malaysia.
Pengenalan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan disebabkan oleh cuaca buruk (musim tengkujuh).
Di bawah BMT 2023, peruntukan keseluruhan sebanyak RM256 juta telah diluluskan dalam Bajet 2023 dan program ini memberi manfaat kepada 232,427 orang pekebun kecil getah yang berdaftar di bawah RISDA dan 86,323 pekebun kecil getah di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dengan nilai RM 800.00 seorang.
Sebelum ini, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.
BMT disampaikan kepada pemilik kebun getah kecil yang menguruskan kebun sendiri atau pemilik kebun yang menjadi ahli Projek Tanam Semula Berkumpulan layak menerima bantuan ini.
Manakala kategori Penoreh Getah yang bergantung pada penorehan getah sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah kebun getah juga termasuk dalam senarai penerima bantuan ini. Selain itu, individu yang berdaftar dengan RISDA dan berada dalam Sistem Pembangunan Pekebun Kecil (e-SPeK) juga layak menerima bantuan ini.
Kerajaan mengharapkan pekebun kecil dan penoreh getah mendapat manfaat sepenuhnya menerusi program ini. Program BMT 2023 melambangkan komitmen Kerajaan Malaysia Madani untuk menyokong kehidupan pekebun kecil dan penoreh getah bagi mengatasi cabaran kewangan semasa musim tengkujuh.