KOTA SAMARAHAN: Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak digesa agar mencari anak desa tempatan yang mempunyai minat, keterampilan dan bertekad untuk berjaya khususnya dalam bidang keusahawanan. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata golongan terse-bOt boleh diberikan bantuan permulaan dalam bentuk dana dan bimbingan untuk membantu mereka mencapai kejayaan pada masa depan.”Kejayaan mereka akan dapatmembantu masyarakat sekitar dengan peluang pekerjaan serta peningkatan ekoriomi setempat,” jelasnya semasa mengadakan lawatan kerja ke Pejabat RISDA Sarawak di sini, pada baru-baru ini. Datuk Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, usahawan RISDA telah berjaya mendapatkan dana awal untuk membentuk perniagaan. “Melalui bimbingan berterusan daripada RISDA, mereka juga memenangi Bizz Challenge dan mendapat anugerah dana tambahan sebanyak RM70.000,” ujarnya. Tambah beliau, kejayaan ini merupakan satu kejayaan bersama RISDA dan kementeriannya dalam usaha melahirkan usahawan-berjaya dalam kalangan anak desa Sarawak. Difahamkan, tujuan lawgtan kerja itu adalah untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan projek dan program yang dilaksanakan oleh RISDA khususnya melibatkan pekebun kecil getah dan masyarakat setempat. Sejurus selepas tiba, Datuk Rubiah diberi taklimat oleh Pengarah RISDA Negeri Sarawak,Shaharuddin Saberi dan kemudiannya meninjau program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dibeberapa lokasi.Lokasi pertama yang dilawati ialah premis pembuatan produk-produk berkaitan nanas, iaitu kuihtart dan jus nanas di D’Mata Enterprise, Kampung Sungai Mata.Datuk Rubiah kemudiannya melawat Kampung Empila untuk meninjau pembuatan cendol di Aju Enterprise sebelum menuju ke Sri Mewangi Spa di Desa llmu.