Nasib pekebun kecil khususnya dari luar bandar di Johor berubah melalui bantuan keusahawanan yang disalurkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, untuk tahun ini, sebanyak RM21 juta diperuntuk bagi menjayakan program berkenaan.
Ia jelas beliau mampu menjana pendapatan lima angka sebulan.
Para peserta akan terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk makanan ringan dan kraftangan dan pencapaian diperoleh hasil bimbingan berterusan kepada usahawan sejak daripada awal.
“Jadi kita memang konsep bantuan berterusan kita perkekalkan jadi para pegawai kita di peringkat daerah ini akan terus pergi memantau usahawan supaya mereka tidak terkeluar daripada landasan nak berjaya ini, takut dia jadi gagal.
“Saya juga suka mahu melahirkan usahawan-usahawan dalam kalangan warga RISDA dan kita telah membuktikan mereka ada kilang pembuatan kuih pembuatan perayaan cecah RM1 juta jualan,” katanya ketika ditemui pada Program Pekebun Kecil Makmur Parlimen Tenggara hari ini.
Menurut Manndzri, kerajaan berusaha membantu memajukan usahawan berkenaan dengan memberi peluang mereka menjalankan perniagaan lebih bersistematik.
Sementara itu menurut Pengarah RISDA Johor, Khairuddahri Abdul Rahman pula berkata, setakat hari ini, seramai 1,291 orang usahawan Groom Big berjaya dilahirkan di negeri itu.
“Alhamdulilah, peserta kita ini dapat dilahirkan dengan pendapatan RM10,000 sebulan ke arah program yang telah dilaksanakan.
“408 peserta umpamanya telah menerima peruntukan di bawah pembukusan dan pelebalan setiap barang tersebut. Bagi usahawan yang ingin bermula kita berikan one off RM10,000 menerusi barang atau bekalan bersesuaian,” katanya.
Katanya, nasib pekebun kecil khususnya dari luar bandar berubah melalui bantuan keusahawanan yang disalurkan.
Bermula daripada kosong, RISDA membantu usahawan dengan memberi bimbingan mengembangkan perniagaan masing-masing hingga ada yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.-MalaysiaGazette