Kuala Lumpur: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengiktiraf warga kerjanya yang menunjukkan inisiatif penghasilan inovasi bagi meningkatkan hasil mutu kerja dan produktiviti agensi
Pertandingan Inovasi RISDA bertemakan, ‘Inovasi Digital Aspirasi RISDA’ itu disertai 16 kumpulan dari seluruh pusat tanggungjawab RISDA dari seluruh negara.
Sebanyak 10 kumpulan menyertai Pertandingan Inovasi dalam kategori teknikal, mana-
kala enam kumpulan dalam kategori pengurusan.
Johan bagi kategori teknikal ini dimenangi oleh Pejabat RISDA daerah Besut dengan inovasi alat pembahagi baja untuk menjalankan pembajaan getah muda.
Alat yang dicipta ini dilengkapi dengan jadual dan panduan yang memudahkan pekebun kecil menentukan kuantiti baja yang diperlukan. Alat ini juga sudah digunakan di projek tanam semula berkelompok di dalam daerah besut.
Naib johan kategori ini, dimenangi oleh Pejabat RISDA Sandakan. Melalui inovasi pengukur sukatan baja pintar, pekebun dapat mengatasi masalah sukatan baja tidak sekata di kebun getah.
Alat inovasi ini membantu pekebun mempunyai kadar sukatan baja (g) yang sesuai berdasarkan umur pokok (Bulan) seperti disyorkan pihak pengurusan RISDA.
Pejabat RISDA Melaka pula mendapat tempat ketiga dengan inovasi alat pelindung hujan.
Inovasi ini dapat membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti dan pendapatan.
Hasil torehan pokok getah pekebun kecil sering rosak sehingga menjejaskan pendapatan mereka sekiranya hujan turun.
Produk ini dapat dapat melindungi pokok dan tapak torehan daripada menjadi lembap dan basah serta hasil susu getah tidak akan rosak apabila hujan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun, ketika berucap pada majlis berkata, pendekatan yang lebih inovatif dan kreatif diperlukan bagi memastikan RISDA terus unggul dan relevan dalam mendukung hasrat kerajaan untuk memperjuangkan taraf kehidupan komuniti pekebun kecil.
Tumpuan harus diberikan kepada ilmu dan kemahiran yang berlandaskan revolusi industri.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat),nSopian Abu Bakar; dan Timbalan, Ketua Pengarah (Pembangunan), Ali Sabuddin Abd Samad.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada tiga pusat tanggungjawab RISDA yang mewakili RISDA dan memenangi
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) 2021 dan tiga lagi pusat tanggungjawab RISDA yang memenangi pertandingan Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCOMPEX) 2022.