Suara Risda

Risda ceburi industri baharu hasil kraftangan Batik Pahang

Isi Kandungan

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang selama ini tertumpu kepada industri getah mengorak langkah baharu apabila menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) cawangan Pahang bagi menghasilkan produk kraftangan. 

Lebih membanggakan apabila ia bukan sahaja menjadi program perintis antara kedua-dua pihak itu, malah mampu menghasilkan produk Batik Pahang setanding dengan batik terkenal lain. 

Pegawai Risda Maran, Shukri Khalid berkata, projek Batik Pahang melalui program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Sungai Ling itu bermula pada November tahun lalu melibatkan kira-kira 15 peserta. 

Katanya, Risda memberikan bantuan kewangan, peralatan dan bimbingan, manakala pihak kraftangan memberikan latihan dan pemantauan serta turut mempromosikanproduk Batik Pahang yang dihasilkan. 

Di bawah projek PWPK Maran buat kali pertama kita bekerjasama dengan Kraftangan Malaysia dan dalam mas a yang ma saya berharap untuk bekerjasama dalam projek seterusnya dalam usaha meningkatkan pendapatan pekebun kecil  kita,” katanya di Pusat Penghasilan Batik Pahang di Sungai Ling di  sini semalam. 

Top