1. Apakah Program Pembangunan Usahawan?
Program Pembangunan Usahawan ialah salah satu cabang utama dalam Modal Perancangan Strategik RISDA (MPSR) bagi tahun 2021 hingga 2025. Secara am, MPSR dirangka bertujuan untuk membantu meningkatkan purata pendapatan kolektif dalam kalangan pekebun kecil sebanyak RM4,500 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun 2025.
Program Pembangunan Usahawan merupakan salah satu jenis bantuan RISDA dimana pekebun kecil boleh manfaatkan untuk menambah pendapatan mereka.
Sebagai cabang utama dalam MPSR, Program Pembangunan Usahawan mempunyai lima objektif utama berdasarkan MPSR iaitu;
• Melahirkan 12,500 orang usahawan baru pada akhir tahun 2025
• Usahawan pekebun kecil memperoleh purata pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan sekeluarga pada akhir tahun 2025
• 5% daripada usahawan pekebun kecil mencapai status Usahawan Mikro dan ke atas pada akhir tahun 2025
• Mewujudkan seorang usahawan anchor dari kategori Usahawan Mikro dan ke atas bagi semua negeri setiap tahun
• Mendidik, membimbing dan membangunkan usahawan baru serta sedia ada melalui Program Bimbingan, Latihan dan Pemantauan Keusahawanan RISDA (RRapUP)
Bagi mencapai kelima-kelima objektif ini, Program Pembangunan Usahawan melibatkan pelbagai program keusahawanan untuk pekebun kecil dengan membekalkan bantuan perniagaan seperti modal perniagaan, kursus keusahawanan dan lain-lain.
2. Kaedah Pelaksanaan
Kaedah pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan melibatkan tiga proses utama bermula dengan Entry Point Project (EPP) diikuti oleh Pengembangan Perniagaan dan Pemasaran. Proses ini ditampung dengan empat persekitaran sokongan iaitu REDS2.0, RRapUP, e-Rekrutmen, dan Guide Book Usahawan.
Entry Point Project (EPP)
EPP ialah proses permulaan yang merangkumi lima skim utama di bawah Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) RISDA. Aktiviti Ekonomi Tambahan ialah salah satu aspek di bawah Program Pembangunan Usahawan yang dirangka untuk menggalakkan pekebun kecil menceburi bidang selain hasil tanaman komoditi dalam bentuk perniagaan sebagai seorang usahawan. AET memfokuskan bidang seperti perkhidmatan, makanan, pembuatan, dan pertanian.
Pekebun kecil yang ingin melibatkan diri dalam Program Pembangunan Usahawan RISDA perlu membuat permohonan di bawah AET dan mereka hendaklah melepasi sistem e-Rekrutmen. E-Rekrutmen ialah salah satu persekitaran sokongan dalam bentuk sistem tapisan dan pemilihan usahawan yang layak menyertai Program Pembangunan Usahawan. Tapisan dan pemilihan ini dilakukan berdasarkan syarat yang telah ditetapkan. Selepas menjalani proses ini, pekebun kecil akan dibekalkan dengan modal perniagaan tetap berdasarkan skim AET yang dipohon.
Pemohon turut dibekalkan dengan pelbagai bantuan perniagaan termasuk mesin dan peralatan, pembinaan atau pembaikan premis perniagaan serta banyak lagi. Pemberian modal perniagaan dan jenis bantuan perniagaan adalah tertakluk kepada syarat kelayakan tertentu berdasarkan skim AET dipohon. Kaedah pelaksanaan juga berbeza antara satu skim AET dan skim AET yang lain.
Selain e-Rekrutmen, Guide Book Usahawan atau Buku Panduan Usahawan juga dibekalkan setelah permohonan diterima sebagai persekitaran sokongan. Kandungan buku panduan ini termasuk teknik menguruskan perniagaan, cara untuk kekal dalam pasaran dan lain-lain.
Pengembangan Perniagaan
Proses seterusnya ialah Pengembangan Perniagaan. Pada peringkat ini, pekebun kecil yang sudah memulakan perniagaan mereka sendiri layak mendapat bantuan untuk mengembangkan perniagaan mereka. RRapUP (Latihan dan Pemantauan Keusahawanan RISDA) ialah sistem sokongan yang digunakan untuk membantu memudahkan proses ini.
Latihan dibekalkan melalui RRapUP ialah dalam bentuk kursus keusahawanan berkaitan dengan jenis perniagaan dilakukan dan mengikut keperluan setiap usahawan pekebun kecil. Pemantauan juga dilakukan oleh pegawai RISDA terpilih bermula pada peringkat EPP lagi.
Proses Pembangunan Perniagaan ini tertakluk kepada syarat kelayakan serta skop bantuan tertentu dan merangkumi;
Pemasaran
Proses terakhir ialah proses Pemasaran bertujuan untuk mengembangkan perniagaan usahawan pekebun kecil melalui aktiviti pemasaran. Terdapat empat cabang utama aktiviti pemasaran dalam proses ini iaitu;
Setiap cabang dalam proses pemasaran, seperti proses-proses sebelumnya mempunyai skop bantuan dan syarat kelayakan yang tersendiri.
Jadi semak syarat usahawan RISDA dengan teliti supaya anda tidak terlepas untuk menikmati faedahnya.
3. Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar (target audience) untuk keseluruhan program ini ialah seperti berikut;
• Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) warganegara Malaysia atau ahli isi rumah
• Keutamaan diberikan kepada pekebun kecil yang menyertai program tanam semula dan masih tersenarai dalam bantuan tanam semula
• Keutamaan juga diberikan kepada pekebun kecil yang tergolong dalam kategori B40
Syarat kelayakan untuk menyertai Program Pembangunan Usahawan ini tertakluk kepada setiap proses, program, skim, dan cabang yang tersendiri. Walaubagaimanapun, syarat kelayakan am bagi program ini berdasarkan kumpulan sasar ialah;
4. Langkah Permohonan
Bagi mereka yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan am untuk menyertai Program Pembangunan Usahawan ini, langkah permohonan tertakluk kepada tiga proses di atas. Seperti dinyatakan, permohonan utama atau permohonan asas ialah pada proses EPP iaitu dengan memohon mana-mana AET yang bersesuaian.
Jadi, cara memohon untuk menjadi usahawan bimbingan RISDA ini sebenarnya, tidak sukar.
Permohonan bagi proses selanjutnya bagi tujuan mendapatkan bantuan perniagaan tambahan boleh dilakukan secara berperingkat pada bila-bila masa selepas pemohon sudah menjadi sebahagian daripada Program Pembangunan Usahawan. Anda dikira menjadi sebahagian daripada Program Pembangunan Usahawan setelah permohonan AET anda diluluskan.
Setakat ini, permohonan hanya boleh dilakukan secara surat-menyurat atau dihantar ke pejabat RISDA berdekatan. Pemohon hendaklah mengisi dan menyediakan lima borang atau surat iaitu;
• Borang Permohonan Bantuan AET
• Borang Setuju Terima Bantuan AET
• Surat Akuan AET
• Surat Semakan Permohonan AET
• Format Kertas Kerja Projek AET
Kesimpulannya, usahawan bimbingan RISDA mendapat banyak manfaat daripada program ini. Bukan sahaja dari latihan keusahwanan, malah bantuan peralatan perniagaan dari RISDA juga akan diberi.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut melalui program ini, anda boleh layari laman web rasmi RISDA atau hubungi kami . Anda juga boleh kunjungi pejabat RISDA berhampiran bagi mendapatkan taklimat penuh atau pendedahan secara lisan daripada pegawai kami.