Suara Risda

Pesara tentera berjaya dengan bantuan RISDA

KAMPAR – Seorang pesara tentera kini mampu meraih pendapatan lumayan setiap sebulan dengan menjadikan minatnya menternak lembu dan kambing sebagai sumber pendapatan selepas meninggalkan bidang ketenteraan kira-kira lima tahun lalu.

Usahawan, Mohd Azman Nawawi, 47, mula mengambil alih getah milik kedua ibu bapanya berhasrat meneroka bidang ternakan di tanah seluas satu hektar di Kampung Bukit Pekan, di sini.

“Dua tahun pertama, saya membuat persiapan untuk memulakan bidang penternakan dengan membela lapan lembu tanpa sebarang perancangan kukuh.

“Saya terbaca dalam media sosial berhubung inisiatif yang disediakan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), barulah saya tahu agensi ini sedia membantu kami mencapai impian untuk menjadi usahawan,” katanya.

Keazaman yang tinggi dan hasil bimbingan berterusan RISDA, bapa kepada dua anak itu kini menternak 67 lembu, 98 kambing dan 25 biri-biri.

“Sepanjang tempoh itu, RISDA memberi peluang untuk menambah nilai diri berikutan harga getah yang tidak menentu sambil melihat keperluan semasa dalam industri sekuriti makanan.
Top