Pekebun, penoreh getah diingatkan mohon bantuan musim tengkujuh

SHAH ALAM, 6 JULAI: Pekebun kecil dan penoreh getah yang layak diingatkan untuk memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang mula dibuka sejak 15 Jun lalu. Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara Shatiri Mansor berkata inisiatif itu bagi meringankan beban golongan berkenaan akibat cuaca tidak menentu. “Kerajaan Perpaduan sentiasa mengambil berat kebajikan pekebun kecil dan penoreh getah dengan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku di seluruh negara,” katanya di Facebook hari ini. Sebelum ini, kerajaan memaklumkan permohonan bantuan berkenaan berlangsung selama tiga bulan, yang akan berakhir pada 15 September depan.

Mereka yang layak boleh hadir ke mana-mana pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) atau memohon secara dalam talian melalui https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bmt-risda.html atau https://www.risda.gov.my/my/ Bermula tahun ini, jumlah bayaran ditingkatkan daripada RM600 kepada RM800, yang akan diagihkan mulai November hingga Februari 2024.
Top