Suara Risda

Noraini dilantik Pengerusi RISDA

Butterworth: Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan pelantikan Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO untuk menerajui badan berkanun itu.

“Ya, saya mengesahkan Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi RISDA,” katanya secara ringkas ketika diminta mengulas dakwaan lan tikan terbabit yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), di sini semalam. Untuk rekod, Nor aini, 56, sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri Pe ngajian Tinggi.

Selain itu, beliau juga adalah wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Jawantan kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memeriksa dan memantau urusan dan pentadbiran kewangan negara. Kelmarin, tular di media sosial beberapa keping gambar berserta ucapan tahniah yang mendakwa Noraini dilantik sebagai Pengerusi RISDA yang baharu.
Top