Pembayaran bagi sebuah bantuan berjumlah RM800 yang akan diberikan selama 4 bulan telah bermula pada bulan lalu. Pembayaran Bantuan Khas Kewangan fasa akhir RM200 tersebut akan dibayar secara one-off sehingga Mac.
Bantuan tersebut dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh yang yang merupakan sebuah bantuan tahunan.
BANTUAN BERJUMLAH RM 800
Bantuan tersebut adalah Bantuan Musim Tengkujuh di mana jumlah bantuan berkenaan telah dinaikkan oleh pihak kerajaan.
Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tiada pekebun tercicir bantuan tersebut.
JUMLAH BANTUAN DINAIKKAN
Bermula tahun 2023, pemberian BMT ini telah dinaikkan kepada RM 800 berbanding tahun-tahun sebelum iaitu RM 600 sahaja.
Penambahan jumlah bantuan ini untuk membantu para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda negara.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan bagi pembayaran bantuan bulan November, Disember 2023, Januari dan Februari 2024 telah dibuka sehingga 15 September SAHAJA.
BAYARAN TAMAT DIKREDITKAN
Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah selama empat bulan. Bermula November 2023, Disember, Januari dan Mac 2024.
Menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM800. Oleh hal demikian, bayaran BMT telah tamat dan akan kembali disambung pada bulan November depan.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah di bawah seliaan RISDA.
1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana agensi
2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut