Suara Risda

Apakah Beza Getah Asli dan Sintetik? Panduan untuk Petani Kecil

Isi Kandungan

Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport getah terbesar di Asia. Tidak hairanlah jika dikatakan getah adalah salah satu pendukung ekonomi Malaysia. Namun, pasaran getah kini dicabar dengan pasaran getah sintetik.
Tetapi tahukah anda getah asli lebih berkualiti daripada getah sintetik?
Ya, walaupun kosnya lebih rendah, getah asli lebih berkualiti daripada getah sintetik. Tetapi ini tidak bermakna salah satunya lebih ‘baik’. Setiap getah mempunyai kegunaannya tersendiri.

Mari lihat perbezaan dan kegunaan getah asli dan getah sintetik ini.

Apakah itu Getah Asli?

Getah asli, juga dikenali sebagai getah india atau caoutchouc, berasal dari polimer sebatian isoprena organik dengan sedikit campuran organik dan air.

Melalui proses polimerisasi isoprena, ia menjadi poliisoprena, yang digunakan sebagai elastomer dengan ciri-ciri elastik, mampu kembali ke bentuk asal apabila ditarik.

Ciri-ciri lain getah asli adalah:
  • Lembut dan kenyal
  • Takat Lebur Rendah
  • Tidak tahan haba
Getah asli digunakan oleh syarikat perkilangan untuk menghasilkan produk getah seperti:
  • Pembuatan tayar
  • Tali sawat penyampai
  • Dan lain-lain

Apakah itu Getah Sintetik?

Getah Sintetik adalah elastomer tiruan. Getah sintetik bukanlah daripada pokok getah. Ia dihasilkan daripada polimer sintetik bersifat kenyal yang disintesis dari hasil sampingan petroleum
Getah sintetik juga digunakan untuk menghasilkan barang-barang yang sama seperti getah asli.
Jika kedua getah asli dan getah sintetik menghasilkan produk yang sama, mengapakah getah asli masih diperlukan di pasaran? 
Jawapannya adalah, getah asli mempunyai rintangan koyakan yang tinggi, fleksibiliti suhu rendah yang baik dan kekuatan tegangan yang tinggi berbanding getah sintetik. Malah, getah asli juga mempunyai bau yang lebih rendah berbanding dengan getah sintetik.

Beza Antara Getah Asli dan Sintetik

BezaGetah AsliGetah Sintetik
SumberDiperoleh daripada pokok getahDihasilkan secara sintetik
Kelebihan UtamaCiri-ciri unik, kekuatan tegangan tinggi, fleksibiliti suhu rendah yang baikBerupaya untuk menyesuaikan konsisten mengikut keadaan dan bahan yang digunakan untuk pembuatan.
Kesan Pada Alam SekitarLebih mesra alam dan boleh terurai dan dikitar semula sepenuhnyaBergantung pada jenis sintetik, mungkin kurang mesra alam
KeunikanKekuatan tegangan tinggi, rintangan koyakan tinggi, bau rendah & fatigue resistance yang baikRintangan yang lebih baik terhadap lelasan (abrasion), rintangan kepada bahan kimia, cecair, ozon & haba elektrik.
Kelebihan getah sintetik adalah fleksibilitinya untuk diubah bagi memenuhi kehendak pasaran, namun getah asli tetap penting. 
Pekebun kecil perlu tahu cara meningkatkan nilai getah melalui teknik toreh, baja berkualiti, kawalan makhluk perosak, dan penyakit.

RISDA bantu pekebun dengan kursus khas dan program seperti Bantuan Tanam Semula, Program Getah Matang, Bantuan Baja Premium, dan Bantuan Musim Tengkujuh. Dari pengurusan hingga penjualan, RISDA akan membimbing pekebun meningkatkan pendapatan. 

Selain itu RISDA juga memperkenalkan Program Pembangunan Usahawan untuk membantu pekebun jana pendapatan selain getah dengan pelbagai modul seperti:
  • Pembangunan Perniagaan, 
  • Persijilan
  • Groom Big
  • Pemasaran
  • Business to Business (B2B)
  • Business to Customer (B2C)
  • Offline (Luar Talian), dan Online (Dalam Talian).
Kesimpulannya, getah asli dan sintetik tetap relevan. Pekebun kecil dapat meningkatkan penjualan dengan fokus pada kualiti getah.
Program RISDA memberikan sokongan untuk kelestarian dan kemajuan sektor pertanian. Jadi pekebun kecil boleh berhubung dengan RISDA untuk maklumat lanjut.
Top