Suara Risda

10,633 pekebun kecil getah di Keningau terima BMT

10,633 pekebun kecil getah di Keningau terima BMT
KENINGAU: Seramai 10,633 orang pekebun kecil getah di daerah Keningau yang berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM800 seorang, dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM8.5 juta.

Majlis pengagihan BMT kepada pekebun kecil getah bagi daerah Keningau telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau, kelmarin.

Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan dalam ucapannya mengucapkan syukur kerana diberi kesempatan bersama dengan para pekebun kecil di daerah Keningau dalam majlis yang diadakan itu.

“Pekebun-pekebun kecil dan penoreh getah adalah merupakan nadi utama serta aset utama yang sangat bernilai kepada industri getah di Sabah dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu meringankan beban semua pekebun kecil getah ini yang kebanyakan merupakan masyarakat luar bandar.

“Ini merupakan usaha kerajaan untuk membantu mereka yang berdepan dengan pelbagai kerumitan dan lain-lain faktor antaranya seperti peningkatan kos sara hidup serta peningkatan kos-kos input pertanian seperti baja dan racun rumpai.

“Cabaran di dalam industri getah seluruh dunia termasuk di Wilayah Sabah yang telah dilanda penyakit daun luruh getah yang dikenali sebagai ‘Pestalopitopsis’ yang boleh menjejaskan hasil getah sehingga 50 peratus.

“Penyakit daun getah ini sedang tersebar di merata tempat termasuk di Daerah Keningau dan ia pastinya akan memberi kesan kepada para pekebun kecil getah,” katanya.

Dr Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau turut mengucapkan syabas kepada pihak LIGS yang telah mengambil tindakan proaktif bersama-sama dengan agensi lain seperti Lembaga Getah Malaysia dan RISDA dalam menangani masalah itu.

“Keadaan taburan hujan yang tinggi setiap tahun juga turut menjejaskan pendapatan para pekebun kecil getah di seluruh Wilayah Sabah.

  “Oleh itu BMT yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun 2015 sehingga 2022 iaitu sebanyak RM600 setiap pekebun kecil getah yang berdaftar dengan LIGS atau pun RISDA telah dinaikkan kepada RM800 seorang penerima.

“Peruntukan sebanyak RM69 juta oleh kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban kepada 86,323 pekebun kecil getah yang berdaftar,” tambahnya.
Pemegang Ijazah Pengurusan Industri dari Universiti Industri Selangor itu mengakui bukan mudah untuk berjaya dalam perniagaan.  

Bantuan AET yang diperolehi telah melonjakkan kapasiti pengeluaran sehingga mampu berada pada tahap sekarang.  

Program Bizz Challenge bermula pada tahun 2018 dan sehingga kini seramai 490 usahawan yang telah menyertai program itu.  

Ia untuk mengetengahkan dan mendidik usahawan bimbingan RISDA menyediakan pelan perniagaan ke arah menentukan hala tuju perniagaan mereka.
Top