Kami ingin menjemput anda menjadi Panel Juri Awam untuk Penilaian Perkhidmatan RISDA sepanjang tahun 2023 mengenai operasi perkhidmatan kami. Penilaian ini merangkumi 4 aspek iaitu:-
Penilaian dengan skala bintang 1 hingga 5.
1 bermaksud sangat tidak bersetuju, 5 bermaksud sangat bersetuju.
Sila isi maklumat peribadi anda serta memilih Pejabat RISDA yang hendak dinilai dari kategori Negeri, Daerah & Stesen.
Sila ke ruangan pejabat RISDA Negeri, Pejabat RISDA Daerah / Bahagian dan Pejabat RISDA Stesen kemudian pilih pejabat RISDA yang anda pernah berurusan samada di pejabat atau pun di lapangan.
Hanya satu pejabat operasi sahaja yang boleh dinilai bagi setiap kategori.
Terima kasih atas penilaian anda selaku Panel Juri Awam kami.
1000 penilai pertama yang telah melengkapi penilaian ini akan dihadiahi saguhati khas.
Perlis
Kedah
Perak
Penang
Selangor
N.Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sarawak
Sabah
Berikan penilaian anda dalam skala 1 hingga 5 bintang mengenai pernyataan berikut tentang pejabat operasi kami dalam aspek identiti jenama:
"Identiti jenama RISDA merujuk kepada citra keseluruhan, ciri-ciri, dan nilai yang dibawakan oleh RISDA kepada anda. Ia termasuklah persembahan elemen-elemen seperti logo, warna, gaya reka bentuk, slogan, personality dan perwatakan serta nilai-nilai yang dipegang teguh oleh RISDA. Identiti jenama juga melibatkan bagaimana RISDA ingin dilihat oleh anda dengan memaparkan identiti yang jelas dan tepat bagi mencipta pengalaman yang konsisten kepada anda setiap kali berinteraksi dengan RISDA."
Dalam skala 1 hingga 5 bintang, sejauh manakah anda menilai identiti jenama RISDA mencerminkan keseluruhan citra dan nilai dengan elemen-elemen seperti logo, warna, slogan, personaliti dan perwatakan telah disampaikan secara efektif kepada anda sebagai pelanggan?
Berikan penilaian anda dalam skala 1 hingga 5 bintang mengenai pernyataan berikut tentang pejabat operasi kami dalam aspek penempatan jenama:
"Penempatan jenama RISDA melibatkan usaha untuk menempatkan RISDA dengan cara yang unik dan bermakna di mata dan hati anda sebagai pelanggan dengan menekankan ciri-ciri, nilai, atau manfaat yang membezakannya daripada produk atau perkhidmatan lain. Penempatan jenama yang berkesan membantu membentuk persepsi dan tanggapan positif anda terhadap RISDA dan menjadikan RISDA relevan dan diingati dalam minda anda."
Dalam skala 1 hingga 5 bintang, sejauh manakah anda menilai penempatan jenama RISDA berjaya membawa perbezaan berbanding produk atau perkhidmatan lain dan adakah ciri-ciri unik dan nilai yang disampaikan oleh RISDA telah memberi kesan positif kepada anda sebagai pelanggan?
Berikan penilaian anda dalam skala 1 hingga 5 bintang mengenai pernyataan berikut tentang pejabat operasi kami dalam aspek komunikasi jenama:
"Komunikasi jenama RISDA merujuk kepada proses penyampaian maklumat, nilai, dan mesej yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda. Ia melibatkan penggunaan pelbagai saluran komunikasi seperti pengiklanan, pemasaran digital, media sosial, acara promosi, serta interaksi langsung dengan anda. Matlamat utama komunikasi jenama adalah untuk memperkenalkan, menjelaskan, dan membina pemahaman yang positif dengan harapan dapat membina hubungan yang kukuh dan berterusan antara RISDA dan anda sebagai pelanggan."
Dalam skala 1 hingga 5 bintang, sejauh manakah anda menilai keberkesanan komunikasi jenama RISDA menyampaikan maklumat, nilai, dan mesej berkaitan produk serta perkhidmatan dalam usaha memberi impak positif ke arah membina hubungan yang kukuh dengan anda sebagai pelanggan?
Berikan penilaian anda dalam skala 1 hingga 5 bintang mengenai pernyataan berikut tentang pejabat operasi kami dalam aspek kredibiliti jenama:
"Kredibiliti jenama merujuk kepada kepercayaan, keyakinan, kesetiaan atau persepsi yang diberikan oleh anda terhadap produk dan perkhidmatan RISDA. Ianya mencerminkan seberapa kukuhnya jenama RISDA dilihat oleh anda dan sangat memberi kesan dalam mempengaruhi keputusan terhadap penerimaan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan"
Dalam skala 1 hingga 5, sejauh manakah anda memberikan kepercayaan, keyakinan dan kesetiaan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh RISDA?