Berita baik untuk semua pekebun kecil RISDA, 5 jenis bantuan RISDA ini boleh bantu anda menggiatkan kembali hasil kebun dan juga menambah pendapatan anda.
Mengapakah RISDA memperkenalkan 5 program dan bantuan Ini?
RISDA membawa misi untuk membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial.
Pada tahun 2025, RISDA menyasarkan pekebun kecil untuk mendapat pendapatan sehingga RM4,500 sebulan. Jadi dengan bantuan ini, pekebun kecil boleh menerokai pendapatan dari hasil lain selain getah.
Bantuan tanam semula RISDA adalah inisiatif RISDA untuk mendorong pekebun kecil untuk menanggung sebahagian kos tanam semula getah. Bagi pekebun kecil yang layak, mereka akan mendapat dana sehingga RM14,995 sehektar dan secara berperingkat bagi menampung kos tanam semula getah.
* jumlah bantuan adalah berbeza di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Kelayakan Bantuan Tanam Semula RISDA terbahagi kepada dua jenis, iaitu kelayakan am dan syarat kelayakan kebun permintaan bantuan Semula Kali Pertama (TS1) hingga Kali Keempat (TS4)
Ini merupakan syarat kelayakan am bantuan tanam semula.
Program Pembangunan Usahawan adalah salah satu cabang dalam Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) bagi tahun 2021 hingga tahun 2025. Program ini menyasarkan pendapatan kolektif dalam kalangan pekebun kecil sebanyak RM 4,500.
Antara program Pembangunan Usahawan adalah:
Program Agromakanan RISDA berbentuk bantuan infrastruktur, input, peralatan dan konsultasi.
Anda perlu mendapatkan borang Program Agromakanan RISDA di pejabat RISDA yang berdekatan dan anda akan dibantu oleh pegawai RISDA untuk membuat permohonan.
Program ini merangkumi beberapa program untuk membantu pekebun kecil mendapatkan hasil getah dengan lebih produktif dan lebih berkualiti.
Program tersebut adalah
Tahukah anda, pekebun kecil yang terlibat dengan Program Tanam Semula, Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) dan Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) layak untuk menerima baja premium daripada RISDA?
Semua baja yang dibekalkan oleh RISDA telah melalui proses ujian untuk menjamin kualiti baja yang sesuai untuk tanaman. Jadi jika anda adalah pekebun kecil yang layak, anda akan menerima baja getah yang berkualiti premium untuk membantu tanaman anda.
Baja premium adalah antara bekalan input pertanian oleh RISDA.
Antara input lain adalah:
Syarat kelayakan permohonan bantuan musim tengkujuh terbahagi kepada dua kategori; Syarat Kelayakan Am, Syarat Kelayakan Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Syarat Kelayakan Penoreh Bukan Pemilik.