Jumlah eksport getah asli pada Oktober 2022 adalah 41,548 tan metrik, menurun 33.2% dari tahun sebelumnya dan turut menurun pada September 2022. Sementara itu, jumlah eksport pada November 2022 ialah 51,104 tan metrik, menurun 16.1% dari tahun sebelumnya namun meningkat berbanding Oktober 2022. Pada Disember 2022, jumlah eksport ialah 48,797 tan metrik, mengalami peningkatan sebanyak 6.1% berbanding tahun sebelumnya namun mengalami penurunan berbanding November 2022.
Hasil eksport ini adalah daripada permintaan produk yang berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, industri pembuatan tayar, tiub, benang getah, kondom dan sebagainya. Pada bulan Oktober, produk sarung tangan getah adalah eksport utama produk berasaskan getah asli dan telah menyumbang sebanyak RM1.1 billion pada negara.
Pengeluaran sektor kebun kecil menurun sebanyak 28.5% manakala pengeluaran di estet juga menurun 5.3% berbanding Oktober 2021.
Pada November 2022 pengeluaran getah juga menurun kepada 28,048 tan metrik sebanyak 11.8% dari bulan sebelumnya.
Pada akhir bulan tahun 2022, pengeluaran getah Malaysia adalah sebanyak 30,556 tan metrik, turun 26.7% daripada Disember 2021, namun meningkat sebanyak 8.9% daripada bulan sebelumnya.
Sektor kebun kecil masih menjadi penyumbang utama dengan 86.7% pengeluaran, turun sebanyak 30.1% manakala pengeluaran di estet meningkat 7.3% berbanding Disember 2021.
Pengeluaran getah asli pada bulan Oktober 2022 menurun sebanyak 26.3% menjadikan pengeluaran cuma sebanyak 31,795 tan metrik jika dibandingkan dengan bulan yang sama pada tahun lepas. Pengeluaran getah asli turut menurun sebanyak 10.3% dari bulan sebelumnya dengan sektor kebun kecil sebagai penyumbang utama pengeluaran iaitu 87.8%.
Penggunaan getah di Malaysia melihatkan penurunan namun berjaya meningkat sebanyak 0.7% pada Disember 2022.
Oktober 2022 melihatkan penurunan penggunaan domestik getah asli iaitu hanya 28,494 tan metrik digunakan dan penurunan sebanyak 1.9% berbanding bulan sebelumnya.
Jika dibandingkan pada bulan yang sama November 2022 dan November 2021, penggunaan getah Malaysia menunjukkan penurunan sebanyak 34.1%. Tetapi terdapat peningkatan 0.6% berbanding bulan sebelumnya.
Penggunaan domestik getah asli pada Disember 2022 ialah 28,622 tan metrik, mengalami penurunan sebanyak 32.8% berbanding tahun sebelumnya. Walaupun begitu, terdapat peningkatan 0.7% berbanding bulan sebelumnya.
Sepanjang tiga bulan terakhir 2022, industri sarung tangan getah menjadi pengguna utama getah dan merekodkan sebanyak 19,988 tan metrik (69.8%) pada akhir bulan Disember
Jumlah stok getah asli pada Oktober 2022 menurun 0.3% kepada 198,122 tan metrik berbanding 198,706 tan metrik pada September 2022. Tetapi stok getah Malaysia meningkat semula sebanyak 4.1% berbanding bulan November 2022 menjadikan jumlah akhir stok getah pada Disember adalah 201,359 tan metrik.
Penghujung bulan Disember 2022 menunjukkan kejatuhan purata harga getah sehingga 17.8% jika dibandingkan pada bulan yang sama tahun lepas menjadikan purata harga getah akhir pada bulan itu adalah sebanyak 585.81 sen sekilogram. Tetapi ini adalah peningkatan sebanyak 1.1% daripada purata harga getah pada bulan November iaitu 579.53 sen sekilogram.
Bagi tahun 2023, para pekebun kecil perlu merancang strategi yang lebih baik untuk memastikan mereka terus memiliki pendapatan yang stabil. Walaupun pekebun kecil menghadapi cabaran dari segi pendapatan, pertumbuhan, dan peluang peningkatan pendapatan, terdapat langkah-langkah positif yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran ini.
Pekebun kecil dapat meningkatkan produktiviti mereka dengan mengamalkan teknik dan teknologi pertanian inovatif. Mereka boleh meneroka kaedah seperti pertanian yang mengoptimakan penggunaan sumber dan meningkatkan hasil walaupun dalam saiz kebun yang lebih kecil. RISDA menyediakan bantuan Program Agromakanan Jangka Pendek untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan selain daripada hasil getah.
Secara keseluruhannya, walaupun petani getah skala kecil menghadapi cabaran, mereka mempunyai potensi untuk berkembang dengan mengambil pendekatan positif dan melaksanakan penyelesaian strategik. Dengan memberi tumpuan kepada memanfaatkan kekuatan kolektif dan bantuan di bawah RISDA pekebun kecil dapat meningkatkan pendapatan, merangsang pertumbuhan, dan mencipta peluang yang mampan dalam industri getah.
Bagi membantu pekebun kecil di bawah RISDA, pelbagai program dirangka untuk membantu mereka tetap mempunyai pendapatan walaupun hasil getah berkurangan.
RISDA menyasarkan pekebun kecil untuk mempunyai pendapatan RM4,500 serumah menjelang 2025. Antara program RISDA untuk pekebun kecil bagi merealisasikan program tersebut adalah: