Suara Risda

Statistik Industri Getah Malaysia Julai - September 2022

Isi Kandungan

1. Statistik Industri Getah Malaysia Julai - September 2022

Perangkaan getah Malaysia akan diterbitkan pada setiap bulan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Artikel ini menerangkan secara menyeluruh kedudukan semasa, pergerakan pengeluaran, perdagangan dan penggunaan analisis semasa industri getah. Anda juga boleh rujuk Statistik Industri Getah Malaysia April – Jun 2022 bagi suku tahun kedua 2022.

Buat pengetahuan anda, Suara RISDA merupakan portal maklumat berkaitan industri getah di Malaysia. Melalui blog ini juga anda akan dimaklumkan tentang bantuan-bantuan dan program-program anjuran RISDA khas untuk pekebun kecil getah. Untuk maklumat lanjut atau sebarang persoalan, sila hubungi kami.

2. Data Eksport dan Import Getah Malaysia Julai - September 2022

Suku tahun ketiga merekodkan data eksport dalam trend menurun dengan hanya sedikit peningkatan pada bulan Ogos. Sepanjang Julai 2022, eksport getah menurun 8.4% (53,771 tan) berbanding pada bulan terakhir suku kedua 2022 (Jun). Namun pada bulan Ogos, data eksport meningkat kepada 60,170 tan. Data eksport getah kembali menujukkan trend menurun pada sekitar bulan September 9.4% (54,542 tan).

Walaupun trend ini menurun dan menaik, secara puratanya statistik eksport masih dalam jumlah yang hampir setara dengan statistik eksport suku tahun kedua (April – Jun 2022).

Stok getah asli bulan Julai menurun 20.1% (224,591 tan) berbanding 281,051 pada Jun 2022 dan menunjukkan trend penurunan sehingga bulan September dengan jumlah 198,659 tan. Jumlah keseluruhan stok getah asli pada suku tahun ketiga adalah sebanyak 632,741 tan, ini bermakna jumlah stok berkurangan jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan stok getah asli suku tahun kedua 2022 (888,831 tan).

Jumlah getah asli yang dihasilkan pada Julai hingga September juga menurun.
Julai 2022
Ogos 2022
September 2022
Penghasilan getah asli pada bulan Julai menunjukkan jumlah yang memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak  21.2% jika dibandingkan pada suku tahun kedua. Tetapi penghasilan getah menurun lagi sehingga bulan September sebanyak 5.9% berbanding dengan bulan Ogos 3.8%.

Sepanjang tiga bulan ini, China merupakan destinasi eksport utama dengan 48.1% pada Julai, 40.5% pada Ogos dan 46.5% pada bulan September. Negara-negara lain yang menjadi destinasi eksport hasil getah Malaysia pada suku ketiga 2022 adalah Jerman, Amerika Syarikat, Brazil dan Iran. 
Eksport Julai 2022
Eksport Ogos 2022
Eksport September 2022

3. Statistik Pengeluaran Getah Di Malaysia

Pengeluaran getah di Malaysia merekodkan prestasi menaik jika dibandingkan pada suku bulan kedua pada bulan Julai. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pengeluaran getah Malaysia meningkat 21.2% pada Julai. Tetapi pada bulan-bulan seterusnya sehingga penghujung September, pengeluaran getah menyusut 5.9%. 

Sektor pekebun kecil menjadi penyumbang utama kepada pengeluaran getah Malaysia iaitu sebanya 87.0% manakala sektor estet pula sebanyak 12.2%.

Pekebun kecil merupakan penyumbang terbesar dalam pengeluaran getah negara maka pengeluaran yang menurun berkait rapat dengan prestasi pekebun kecil yang mengusahakan getah. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan semula pengeluaran hasil getah seperti Bantuan Tanam Semula, Program Usahawan RISDA dan pemberian dividen hasil keuntungan terkumpul Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK).

Untuk menambah baik pengeluaran getah, pihak kerajaan berusaha meningkatkan hasil bagi memenuhi permintaan untuk eksport dengan cara “estate management” kepada pekebun kecil. Malaysia akan memberi tumpuan negara ASEAN bagi menyokong sektor getah tempatan berdasarkan permintaan global.

4. Status Pasaran Getah Semasa

Sepanjang suku tahun ketiga, harga pasaran getah semasa direkodkan mengalami trend menurun. Pada bulan Julai harga getah menurun sebanyak 15.9% berbanding pada bulan sebelumnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan, harga getah pada bulan Julai adalah 532.28 sen per kilogram dan ia menurun sehingga 476.76 sen per kilogram pada bulan September. 

Harga getah sekerap tidak menunjukkan trend peningkatan dari Julai hingga September. Daripada 566.13 sen per kilogram pada bulan Julai harga getah sekerap menurun sehingga 476.76 sen per kilogram pada bulan September. Ini menunjukkan sepanjang suku ketiga tahun 2022, harga sekerap telah menurun sebanyak 21.2%

Ini merupakan graf harga getah sepanjang Julai 2022 sehingga September 2022
Julai 2022
Ogos 2022
September 2022
Walaupun Malaysia antara 10 pengeluar utama getah asli di dunia, Malaysia masih mengimport getah dari negara yang lain seperti Thailand dan Filipina. Hasil daripada import ini, harga getah di Malaysia menurun kerana penggunaannya berkurangan.

Oleh itu,RISDA telah menyarankan kepada kerajaan untuk menggalakkan penggunaan getah tempatan untuk melonjakkan harga komoditi.

5. Penggunaan Getah Malaysia

Rajah berikut merupakan statistik penggunaan negara bagi bulan Julai hingga September 2022;
Jun 2022 – Julai 2022
Julai 2022 – Ogos 2022
Ogos 2022 – September 2022
Aktiviti penghasilan sarung tangan getah, benang getah, tayar dan tiub adalah contoh-contoh penggunaan domestik getah di Malaysia. Pada bulan Julai hingga September penggunaan domestik getah Malaysia menurun sehingga 12.6%. Walaupun menunjukkan trend menurun, penggunaan domestik getah Malaysia untuk penghasilan tayar dan tiub meningkat dari 2,506 tan kepada 2,921 tan.

Antara kenyataan dari Pengerusi RISDA, penyebab penggunaan getah Malaysia menurun adalah getah sintetik import menjadi pilihan yang lebih murah dan mudah untuk menghasilkan produk getah seperti sarung tangan getah.

6. Cabaran Industri Getah Malaysia

Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Datuk Dr Zairossani Mohd Nor berkata antara isu hasil getah negara adalah sektor kebun kecil bergantung kepada penoreh asing. Selain itu, isu imigresen dan ringgit yang semakin lemah menjadikan pekerja asing tidak memilih untuk menjadi penoreh di Malaysia. Hal ini menyebabkan sebilangan besar kawasan tanah belum ditoreh.

Ketika musim pandemik tahun 2020, industri getah Malaysia mencanak naik dengan nilai eksport yang tinggi untuk permintaan getah, khususnya sarung tangan getah. 

Namun menurut Presiden Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Dr Supramaniam Shanmugan, jika dibandingkan tahun sebelum pandemik, trend penurunan ini masih stabil. Harga jualan purata (ASP) getah dijangka akan meningkat perlahan-lahan dengan konsisten sehingga baki stok sarung tangan habis sepenuhnya.

Selain daripada itu, pasaran getah global mengalami penurunan harga getah akibat daripada ekonomi China yang tidak dibuka sepenuhnya. 

Pihak Kementerian dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan siri perbincangan bagi menyelesaikan isu harga getah dan untuk mengurangkan impak kejatuhan harga getah dalam usaha membantu penoreh dan pekebun kecil getah.

7. Inisiatif RISDA

Walaupun jumlah data eksport getah menunjukkan trend menurun, kerajaan menyasarkan pekebun kecil untuk mempunyai pendapatan RM4,500 sebulan melalui kebun getah, aktiviti keusahawanan dan hasil lain-lain. Oleh itu RISDA memperkenalkan pelbagai program khususnya untuk pekebun kecil, antaranya Bantuan Tanam Semula.

Melalui program ini pekebun kecil layak untuk mendapatkan bantuan berbentuk wang tunai, input pertanian seperti benih, baja, racun dah khidmat bimbingan.

Semak kelayakan Bantuan Tanaman Semula RISDA di sini.

Portal Suara RISDA adalah untuk memberikan anda maklumat berkaitan industri getah di Malaysia. Melalui Suara RISDA, anda juga akan dimaklumkan tentang bantuan-bantuan dan program-program anjuran RISDA khas untuk pekebun kecil getah. Untuk maklumat lanjut atau sebarang persoalan, anda boleh menghubungi kami di laman ini
Top