Bagi memahami status suku pertama 2021 industri getah negara, data eksport dan data import getah menjadi pengukur utama. Berikut merupakan statistik eksport getah asli Malaysia pada bulan Januari 2022 sehingga bulan Mac 202.
Eksport Jan 2022
Eksport Feb 2022
Eksport Mac 2022
Berdasarkan graf, kadar eksport getah asli Malaysia pada Januari 2022 mencatatkan jumlah sebanyak 51,158 tan menunjukkan peningkatan sebanyak 11.3 peratus berbanding Disember 2021. Manakala pada bulan Februari 2022, kadar eksport getah asli Malaysia adalah sebanyak 47,682 tan dengan penurunan 6.8 peratus berbanding Januari 2022. Bulan Mac 2022 pula mencatatkan peningkatan sebanyak 12.5 peratus iaitu 53,328 tan.
China terus kekal dominan sebagai pengimport getah asli Malaysia dunia pada bulan Januari, Februari dan Mac. Amerika Syarikat menduduki tempat ke dua pada bulan Januari 2022 dan Februari 2022 manakala negara Finland, Jerman dan Iran merebut mengambil tempat ketiga pada bulan Januari 2022, Februari 2022 dan Mac 2022 secara relatif.
Penurunan data eksport ini secara langsung terikat dengan statistik pengeluaran getah negara yang akan dikupas kemudian.
Sementara itu, data import negara menunjukkan peningkatan ketara. Berikut merupakan statistik import getah asli Malaysia pada bulan Januari 2022 sehingga bulan Mac 2022.
Import Jan 2022
Import Feb 2022
Import Mac 2022
Berdasarkan data import getah di atas, boleh disimpulkan bahawa Thailand merupakan negara pilihan Malaysia untuk import getah. Filipina juga kekal di tangga kedua pada Januari, Februari 2022, dan hanya menurun ke tangga ketiga bagi bulan Mac 2022.
Data import getah negara pada bulan Januari 2022 mencatatkan sejumlah 142,255 tan, meningkat sehingga 25 peratus berbanding bulan sebelumnya. Import getah negara kemudiannya mengalami penurunan sebanyak 19.5 peratus dengan 112,783 tan pada bulan Februari 2022. Pada bulan Mac 2022 pula, import getah kembali meningkat sebanyak 6.4 peratus berjumlah 119,963 tan.
Peningkatan data import ini menunjukkan permintaan getah negara masih tinggi tetapi tidak mampu ditampung dengan kadar pengeluaran getah negara.
Seperti dinyatakan, data import dan eksport negara berkait rapat dengan statistik pengeluaran getah negara. Rajah berikut menunjukkan statistik pengeluaran negara bagi suku pertama tahun 2022;
Dis 2021 - Jan 2022
Jan 2022 - Feb 2022
Feb 2022 - Mac 2022
Berdasarkan rajah, pengeluaran getah Malaysia mencatat peningkatan sebanyak 17.7 peratus pada bulan Januari 2022 iaitu 49,087 tan berbanding pada bulan Disember 2021. Manakala pengeluaran getah Malaysia pada bulan Februari 2022 menurun 39.0 peratus dengan mencatat 29,920 tan pengeluaran. Penurunan pengeluaran getah Malaysia pada bulan Mac juga sedikit menurun 2.7 peratus dengan hanya 28,030 tan.
Penurunan pengeluaran getah ini berpunca dari pelbagai faktor seperti musim tengkujuh, kekurangan dari segi penawaran dan tarikan komoditi lain seperti tumbuhan sawit.
Dis 2021 - Jan 2022
Jan 2022 - Feb 2022
Feb 2022 - Mac 2022
Salah satu sebab utama pertumbuhan luar biasa permintaan industri getah Malaysia ialah dari segi penggunaan. Prestasi penggunaan getah ini dimonopoli oleh permintaan untuk produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan, tayar, tiub, benang getah, kondom dan lain-lain.
Penggunaan getah Malaysia pada bulan Januari 2022 meningkat sebanyak 1.3 peratus (547 tan) daripada bulan sebelumnya. Meskipun data pada bulan Februari 2022 mengalami penurunan yang ketara sebanyak 8.1 peratus dengan 39,865 tan penggunaan sahaja, penggunaan pada bulan Mac 2022 mempunyai peningkatan sebanyak 11.3 peratus dengan 44, 623 tan.
Lonjakan penggunaan getah asli adalah selaras dengan sekatan Covid-19 telah ditarik balik pada bulan tersebut. Tambahan, peningkatan pada bulan Mac 2022 ini menunjukkan bahawa industri getah negara berada dalam fasa progresif.