Suara Risda

Skim Getah Matang: Berikan Nafas Baru Untuk Kebun Getah Anda

Isi Kandungan

Jika anda adalah pekebun kecil RISDA, anda sendiri mungkin tidak menyedari tentang Skim Getah Matang (SGM). Skim Getah Matang memberikan bantuan sehingga RM10,500 sepanjang 5 tahun dan RM32,000 melalui pelbagai program daripada RISDA.

Sebenarnya program Skim Getah Matang dirancang sebagai pemacu utama untuk menghidupkan semula kebun getah yang tidak bertoreh di seluruh negara.

Pada tahun ini sahaja, RISDA telah mengesan 533,000 hektar ladang getah terbiar. Jadi dengan program Skim Getah Matang, pekebun kecil boleh kembali menggiatkan tanaman getah mereka.

Dengan program ini, pekebun kecil seperti anda kini berpeluang untuk memberi nafas baru kepada tanaman getah mereka. 

Sama ada kebun getah anda telah lama dibiarkan tanpa penjagaan atau masih beroperasi, mari lihat peluang yang boleh anda perolehi melalui Skim Getah Matang.

Apakah Skim Getah Matang RISDA?

Skim Getah Matang RISDA (SGM) adalah salah satu inisiatif yang diusahakan oleh RISDA dengan matlamat meningkatkan produktiviti dan potensi hasil getah di Malaysia. 

Program ini dirancang khusus untuk memperbaiki produktiviti dan pendapatan daripada penanaman getah dengan menyediakan pelbagai skim dan insentif, bertujuan membantu para penanam mencapai hasil getah yang lebih produktif dan berkualiti.

Melalui Skim Getah Matang, anda akan memperolehi pelbagai alat bantuan untuk mengembangkan potensi getah anda seperti baja, racun rumpai, set torehan, insentif lateks, alat pelindung hujan dan bahan rangsangan lateks.

Sekiranya anda layak untuk Skim Getah Matang, anda mungkin juga layak untuk program ini:

Jenis-jenis Skim Getah Matang RISDA

Program SGM merangkumi beberapa jenis skim yang dirancang untuk memberikan sokongan kepada penanam getah kecil. Antara skim-skim utama yang terdapat di bawah SGM termasuk:

  • Program Skim Getah Matang (SGM): Merangkumi berbagai inisiatif untuk peningkatan produktiviti dan kualiti hasil getah matang.
  • Peningkatan Produktiviti Getah (PPG): Program yang memberikan bantuan dalam bentuk input pertanian untuk meningkatkan keluasan getah matang dan mendorong amalan teknologi oleh penanam kecil.
  • Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG): Menyediakan bantuan input pertanian untuk meningkatkan produktiviti getah.
  • Skim Insentif Lateks (SIL): Program yang mencakup input pertanian, penyelenggaraan kebun, dan insentif upah penoreh untuk penanam getah.
  • Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP): Merangkumi pembinaan atau kemudahan infrastruktur pemasaran untuk aktiviti pemasaran penanam getah kecil seperti:
  • Pusat Timbang dan Stor (PTS)
  • Depo Pengumpulan Skrap (DPS)
  • Depo Pengumpulan Lateks (DPL)
  • Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB)
  • Bantuan Operasi DPL secara Geran Padanan (GP)
  • Prasarana Ladang (PL)
  • Insentif Pengeluaran Getah Berkelompok (IPGB)
Kadar Bantuan Skim Getah Matang adalah seperti berikut:
PROGRAMSUB-PROGRAMKADAR BANTUAN MAKSIMUM / HEKTAR
SEMENANJUNGSABAH / SARAWAK
Skim Getah MatangSkim Getah MatangSkrap : RM8,100Skrap : RM8,100
Getah Matang Tanam SemulaRM 400
Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP)Pusat Timbang Stor (PTS)Bina Baru : RM290,000
Depo Pengumpulan Skrap (DPS)Bina Baru : RM45,000
Baik Pulih : RM15,000
Depo Pengumpulan Lateks (DPL)Bina Baru : RM50,000
Baik Pulih : RM15,000
Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB)Bina Baru : RM50,000
Prasarana LadangRM2,200
Geran PadananRM500,000 (one-off)
Insentif Pengeluaran Getah BerkumpulanSkrap : RM1,800 (6 Bulan – one off)
Lateks : RM3,600 (12 Bulan – one off)

Untuk Siapakah Skim Getah Matang RISDA?

Skim Getah Matang RISDA ditujukan kepada penanam getah kecil di Malaysia. Kategori penanam yang layak termasuk:

  • Pemilik pengusaha getah kecil yang mengurus dan mengusahakan tanah sendiri atau bersama ahli keluarga.
  • Ahli projek pemasaran berkelompok.
  • Penanam getah yang menghasilkan dan menjual lateks.
  • Dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK), Syarikat Milikan RISDA (SMR), atau Koperasi Pekebun Kecil (KPK).

Syarat Kelayakan untuk Memohon Skim Getah RISDA

Sama ada anda ada ladang getah terbiar atau tidak, anda boleh memohon Skim Getah Matang sekiranya anda layak. Syaratnya adalah:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berdaftar dengan RISDA sebagai pekebun kecil; dan
  • Hak milik kebun yang sah; dan
  • Jumlah kelayakan bagi setiap pemohon (SGM 1, SGM 2, SGM 3, SGM 4, dan SGM 5) adalah maksimum 4.0 hektar ; dan
  • Kebun getah matang kecuali kebun yang diurus oleh agensi ; dan
  • Kebun sentiasa diselenggara mengikut Amalan Pertanian Yang Baik (GAP); dan
  • Pekebun kecil juga hendaklah bersetuju bekerjasama dengan pihak RISDA untuk mendapatkan maklumat berkaitan pekebun kecil dan kebun.
Keutamaan kepada penerima yang layak dalam Skim Getah Matang:
  • Pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan, dan mengusahakannya sendiri.
  • Menjadi ahli Projek Pemasaran Berkelompok bagi memendek rantaian pemasaran dan memperoleh harga terbaik di peringkat ladang, serta mencipta peluang pekerjaan.
  • Pekebun kecil yang menghasilkan dan menjual lateks bagi meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya 30%, dan seterusnya meningkatkan pengeluaran lateks tempatan untuk memenuhi keperluan industri berasaskan lateks.
  • Pengurusan kebun oleh KRH/KPK/AJK Depo dengan menggabungkan kebun-kebun kecil untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan produktiviti pekebun kecil, seterusnya meningkatkan pendapatan.
Syarat Tambahan (SGM 1):
  • Kebun telah mencapai tahap matang dan boleh ditoreh.
  • Membuka panel torehan pada kali pertama.
Syarat Tambahan (SGM 2):
  • Pokok yang ditoreh panel BO-I atau BO-2 sahaja.

Cara Mohon Skim Getah Matang RISDA

Anda boleh memohon Skim Getah Matang melalui borang ini. Cara-caranya adalah seperti berikut:

Tatacara Permohonan (SGM 1)

  • Bagi kebun yang telah lulus bantuan akhir tanam semula, tindakan seterusnya adalah permohonan dan lawatan pemeriksaan kebun Skim Getah Matang menggunakan Sistem e-SRM / Borang GM 18A seperti di Lampiran 2A untuk kelulusan bantuan SGM 1. Jika menggunakan sistem e-SRM, para 8.5 (c) hingga 8.5 (I) tidak berkaitan.
  • Untuk kebun selain daripada item 8.5(a) dan belum bertoreh, permohonan perlu dibuat dengan menggunakan sistem e-SRM / borang Permohonan SGM 1 (SGM1/2-01) seperti di Lampiran 2B (borang disedia dan dicetak sendiri oleh Pusat Tanggungjawab). 
  • Alternatifnya, pemohon boleh menggunakan wakil kuasa melalui sistem e-SRM / Borang GM20A/20B (Surat Wakil Kuasa) seperti di Lampiran 2C/2D.

    Permohonan perlu disertakan dengan:
    • Salinan kad pengenalan pemohon.
    • Salinan pendaftaran e-SPeK.
    • Salinan geran tanah yang disahkan atau carian rasmi geran tanah.

  • Pemohon perlu membawa geran asal semasa penghantaran Borang SGM1/2-01 atau semasa lawatan pemeriksaan kebun.
  • Permohonan yang lengkap bagi para 8.5.2 diserah kepada Penolong Pegawai Pertanian Kawasan (PPPK) untuk lawatan pemeriksaan kebun dan penyemakan keterangan geran tanah.
  • Selepas pemeriksaan kebun disahkan, Borang SGM1/2-01 atau GM18A dihantar ke Pusat Tanggungjawab RISDA melalui Ketua Stesen.
  • Permohonan yang diterima didaftarkan dan difailkan mengikut tatacara berikut:

    • S G M 1 / 1 2 3 4 5 6 / x x x x / 2 1
      Di mana,
      SGM 1 Kod SGM 1
      12 Kod Negeri
      34 Kod Daerah / Jajahan / Bahagian
      56
      Kod Mukim
      xxxx Nombor Siri Permohonan (Bermula 0001)
      21 Tahun Semasa Permohonan ( 2021)
     
  • Keputusan permohonan akan diberitahu kepada pemohon melalui Pemberitahu Kelulusan / Penolakan Permohonan SGM 1 (SGM1/2-02) seperti di Lampiran 3.
  • Seterusnya, sediakan senarai Penerima SGM 1 (SGM1/2-03) disediakan seperti di Lampiran 4.
  • Pengesahan Penerimaan Barang (SGM1/2-04) lengkap diisi seperti di Lampiran 5. Carta Aliran Pelaksanaan SGM 1 terdapat di Lampiran 6.
  • Bagi permohonan yang menggunakan sistem e-SRM, pekebun kecil boleh menyemak status permohonan dengan log masuk ke dalam sistem e-SRM menggunakan kad pengenalan pekebun kecil. Pengesahan pembekalan dan terimaan barang juga boleh dilakukan melalui sistem e-SRM dengan menekan butang terimaan atau penghantaran barang bagi proses selanjutnya.

Tatacara Permohonan (SGM 2)

    1. Kebun yang telah lulus SGM 1 hendaklah di buat lawatan pemeriksaan kebun Skim Getah Matang pada tahun berikutnya menggunakan sistem e-SRM / Borang GM 18A seperti di Lampiran 2A untuk kelulusan bantuan SGM 2. Jika menggunakan sistem e-SRM maka para 9.5 (c) hingga 9.5 (I) tidak berkaitan.
    2. Kebun selain daripada para 9.5 (a) dan kebun yang bertoreh panel BO-1 dan BO-2 sahaja hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan sistem e-SRM / borang Permohonan SGM 2 (SGM1/2-01) seperti di Lampiran 2B (borang disedia dan dicetak sendiri oleh Pusat Tanggungjawab).
    3. Permohonan juga boleh dibuat secara wakil kuasa dengan menggunakan Borang GM20A/20B (Surat Wakil Kuasa) seperti di Lampiran 2C/2D
    4. Permohonan hendaklah disertakan dengan :- Salinan kad pengenalan pemohon;dan- Salinan pendaftaran e-SPeK;dan- Salinan geran tanah yang disahkan atau carian rasmi geran tanah.
    5. Pemohon hendaklah membawa geran asal untuk disemak semasa penghantaran Borang SGM1/2-01 atau semasa lawatan pemeriksaan kebun.
    6. Permohonan yang lengkap diterima bagi para 9.5.2 hendaklah diserah kepada Penolong Pegawai Pertanian Kawasan (PPPK) yang berkaitan untuk lawatan pemeriksaan kebun dan penyemakan keterangan geran tanah.
    7. Setelah pemeriksaan kebun disahkan, Borang SGM1/2-01 atau GM18A hendaklah dihantar ke Pusat Tanggungjawab RISDA melalui Ketua Stesen.
    8. Permohonan yang diterima hendaklah didaftarkan dan difailkan secara individu mengikut tatacara berikut :

      • S G M 2 / 1 2 3 4 5 6 / x x x x / 2 1
        Di mana, SGM2 Kod SGM 2
        12 Kod Negeri 34 Kod Daerah / Jajahan / Bahagian
        56 Kod Mukim
        xxxx Nombor Siri Permohonan (Bermula 0001)
        21 Tahun Semasa Permohonan ( 2021)
       
    9. Keputusan permohonan sama ada permohonan dilulus atau ditolak akan diberitahu kepada pemohon dengan menghantar Pemberitahu Kelulusan / Penolakan Permohonan SGM 2 (SGM1/2-02) seperti di Lampiran 3.
    10. Sediakan Senarai Penerima SGM 2 (SGM1/2-03) seperti di Lampiran 4.
    11. Lengkapkan borang Pengesahan Penerimaan Barang (SGM1/2-04) seperti di Lampiran 5.
    12. Carta Aliran Pelaksanaan SGM 2 adalah seperti di Lampiran 6.
    13. Bagi permohonan yang menggunakan sistem e-SRM, pekebun kecil boleh menyemak status permohonan dengan log masuk ke dalam sistem e-SRM menggunakan kad pengenalan pekebun kecil.
    14. Pengesahan pembekalan dan terimaan barang juga boleh dilakukan melalui sistem e-SRM dengan menekan butang terimaan atau penghantaran barang bagi proses selanjutnya.

Soalan Lazim (FAQ)

Pemilik kebun getah matang di Malaysia yang berdaftar dengan RISDA.

Faedah termasuk bantuan kewangan untuk penanaman semula dan pembangunan kebun getah matang.

Permohonan dibuat melalui Sistem e-SRM atau menggunakan borang yang disediakan. Dokumen termasuk kad pengenalan, pendaftaran e-SPeK, dan geran tanah.

Sokongan termasuk bantuan kewangan untuk kemudahan seperti Pusat Timbang Stor, Depo Pengumpulan Skrap, Depo Pengumpulan Lateks, dan lain-lain.

Ya, terdapat Insentif Pengeluaran Getah Berkumpulan yang memberikan ganjaran kewangan bagi prestasi pengeluaran getah secara berkumpulan.

Top